Ujian setiap orang berbeza-beza. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup dan ada juga diuji dengan pemergian orang tersayang.
Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Halimatus Mustajap apabila kehilangan suami tersayang akibat kemalangan ketika hamil.
Sahabat arwah suami ganti sosok bapa
Apa yang mengharukan adalah tindakan sahabat arwah yang mengambil tugas memberikan kasih sayang kepada anak kecilnya yang tidak pernah bertemu sosok bapa.
Menurut pengguna TikTok itu, setiap seminggu sekali, sahabat suaminya akan datang untuk bertemu dengan anaknya dan dijaga seperti cahaya mata sendiri.
Anak mesti menangis ketika berpisah
Video yang dikongsikan jelas menunjukkan betapa sayangnya lelaki itu kepada anak sahabatnya yang telah pergi meninggal dunia.
Kanak-kanak tersebut juga sangat akrab dengan lelaki itu sehingga menangis tiap kali mahu berpisah.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 1 juta tanda suka dalam masa beberapa jam selepas dimuat naik.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut telah menutup ruangan komen berkemungkinan kerana enggan ada sebarang kata-kata jelek yang boleh mengundang fitnah antara mereka.
Sumber: TikTok @kekmasichantek
Ulasan
Catat Ulasan