Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Jenayah

(Video) Rompakan Bersenjata di Cyber Cafe, Kulim, Kedah 3 Februari..

KEDAH: Sebuah Cyber Cafe didatangi seorang individu bersenjatakan parang merompak kaunter Cyber Cafe tersebut. Dalam kejadian pada 3 Februari 2015, di Lembah Impiana, Kulim, Kedah, suspek yang berbangsa India, 30an itu telah mengambil sejumlah wang lebih kurang RM40 selain telefon bimbit. Menurut mangsa, suspek seperti tidak berpuas hati dan menariknya keluar dari kaunter. Mangsa bagaimanapun cuba mempertahankan diri dan berlaku satu pergelutan. Mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian tangan kiri dan ibu jari tangan sehingga hampir terputus selain kecederaan pada tangan kanan. Diharap kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh memaklumkan kepada pihak polis. Sumber: Sidnei Shaw & Muhd Husaini

Penuntut maut dikelar teman lelaki!!

Taiping : Seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Bukit Gantang Taiping dalam kejadian 12 tengah hari tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang penuntut institut pengajian tinggi berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan. Menurutnya, seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran. "Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun," katanya. Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian. Katanya, polis turut menemui pisau yang mempunyai kesan darah dalam semak berhampiran tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Se...

Penggodam Twitter Umum ‘Perang Dunia Ketiga’

WASHINGTON – Penggodam akaun Twitter akhbar New York Post dan United Press International semalam meletakkan mesej palsu, termasuk laporan meletusnya pertempuran antara Amerika Syarikat dan China. Malah, satu tweet yang diletakkan pada akaun UPI memetik Pope Francis sebagai berkata: “Perang Dunia Ketiga sudah bermula.” Satu lagi mesej dalam akaun New York Post pula menyatakan kapal induk USS George Washington “terbabit dalam pertempuran” dengan kapal perang China di Laut China Selatan. Tweet berkenaan kemudian dipadamkan. Seorang pegawai Pentagon menyatakan tweet berhubung pertempuran itu adalah “tidak benar”. New York Post kemudian menyatakan: “Akaun Twitternya digodam seketika dan kami sedang menyiasat.” Akaun Twitter beberapa organisasi media digodam sejak dua tahun lalu termasuk Agence France-Presse (AFP) dan BBC. Minggu ini, akaun Twitter Central Command (CENTCOM) turut digodam kumpulan yang menyokong IS. – AFP

Pelajar tingkatan 2 dipaksa minum arak sebelum dirogol

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri. “Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama...

Sedih Kisah Remaja Dirogol 30 Lelaki Selama Enam Jam

Gambar Hiasan Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu. Kejadian yang berlaku di London apabila seorang remaja perempuan dirogol oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam. Gambar Hiasan Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa. Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang. Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera. “Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncu...

KEJAM ! LELAKI MENGAKU HANYA "SUKA-SUKA" MEMBUNUH 42 ORANG MANGSANYA .

SAO PAULO - Seorang lelaki yang didakwa mengaku melakukan pembunuhan lebih daripada 40 orang sejak tahun 2005 telah ditangkap di Rio de Janeiro dan polis sedang menyiasat kebenaran pengakuannya itu. Polis menahan Sailson Jose das Gracas Rabu sejurus selepas beliau didakwa menikam seorang wanita sehingga mati di pinggir bandar Rio Nova Iguacu. "Dia mengaku membunuh 37 wanita lain, tiga lelaki dan seorang budak perempuan berusia berusia 2 tahun dalam masa sembilan tahun yang lalu," kata seorang pegawai polis melalui telefon. "Dia sama ada menikam mangsa atau mencekik mereka." "Kami kini sedang cuba untuk menyiasat sama ada dia adalah seorang pembunuh bersiri atau dia hanya mereka semuanya." Pihak Polis juga menambah Das Gracas tiada tanda penyesalan dalam dirinya dan dia berkata jika dia keluar daripada penjara dia akan membunuh lagi. "Das Gracas telah taksub membunuh wanita berkulit putih, dan dia mengikuti mangsa selama minggu dan mencari masa yang ...

AYAH ROGOL 3 ORANG ANAK SEKALI GUS ! APA SUDAH JADI ...

“Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri. Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu. Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air ‘setan’ di rumah rakan berhampiran. Lelaki ‘dajal’ itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur. Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu  mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini. Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian. ...

Bayi Dua Bulan hampir Maut Apabila Perutnya Dibakar dengan Pisau Panas Oleh Bomoh.

Bayi perempuan dari India berusia dua bulan telah dicap dengan pisau panas diperutnya oleh seorang pengamal perubatan tempatan atau bomoh apabila cuba menyembuhkan penyakit Pneumonia yang dihadapi bayi itu. Nama bayi tersebut Shivani Seheriya didapati telah mendapat jangkitan yang mengancam jiwanya. Dalam keadaan terdesak, Ibunya Somvati Seheriya yang miskin membawa anaknya kepada seorang bomoh. Sebelumnya, Somvati telah kehilangan anak pertamanya juga kerana pneumonia dan pada masa itu dia menyesal kerana tidak anaknya itu kepada bomoh.Selepas itu, dia yakin bomoh akan dapat menyembuhkan bayinya yang baru lahir. Amalan melabelkan bayi adalah cara tradisional di India di mana kulit dibakar dengan batang besi yang panas atau benda besi lain untuk merawat.Cara ini dianggap boleh menyembuhkan banyak penyakit umum seperti malaria, penyakit kuning, meningitis dan kejang-kejang. Amalan seperti ini masih banyak dijumpai di kawasan luar bandar di India. Somvati dan suaminya, Giru da...

8 FAKTA PEMBUNUHAN PALING KEJAM DALAM SEJARAH MALAYSIA !

MUNGKIN ANDA JUGA TAHU SALAH SATU DARI 8 KISAH INI Boleh dikatakan selalu sahaja kes pembunuhan berlaku di negara kita. Kes pembunuhan melibatkan nyawa tidak kiralah sama ada ia berlaku ke atas lelaki mahupun wanita. Di bawah ini terdapat lapan kes pembunuhan paling kejam yang dianggap misteri berlaku di Malaysia. Rata-rata daripadanya meninggalkan banyak persoalan terutama siapakah pembunuh sebenar, mengapakah ia membunuh dan lain-lain lagi. 1. Mona Fendy – 23 Julai 1993 Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan. 2. Dr. Joe Fernandez – 4 November 2000 Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya...

Gambar 5 Geng Yang paling Kejam dan Berbahaya Di Dunia !

5 Geng ini terkenal dengan sikap mereka yang ganas dan kejam serta menghukum mangsanya tidak berperikemanusiaan bahkan membunuh sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Hal ini membuatkan geng ini ditakuti oleh banyak orang. 1. Mara Salvatrucha Mara Salvatrucha adalah geng kriminal yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat dan menyebar ke Amerika Tengah serta sebahagian sebahagian daripada Amerika Syarikat dan Kanada. Biasanya geng ini juga disebut sebagai MS, Mara dan MS-13 dimana sebahagian besar anggotanya tediri dari orang El Salvador, Honduras, Guatemala, dan Nikaragua. Salah seorang anggotanya percaya bahwa pada 2005 anggota Mara Salvatrucha sudah mencapai lebih lima ribu orang. Kejahatan-kejahatan yang dilakukan MS-13 termasuk penyeludupan dan penjualan da dah, perdagangan manusia, pencurian kenderaan, gaduh, dan pembunuhan. 2. Gang Latin Kings Almighty Latin King and Queen Nation (ALKQN, ALKN, LKN) dianggap sebagai geng jalanan Hispanic terbesar d...

( Gambar 4 ) Gadis Dibelasah Sampai Mati Kerana Nombor Telefon !

4 Gambar Gadis Dibelasah Sampai Mati Kerana Nombor Telefon | Kejadian ngeri tetapi pelik ini telah berlaku di sebuah restoran makanan segera, McDonalds Zhaoyuan, daerah Shandong beberapa hari yang lepas. Wu yg sedang menikmati hidangan dihampiri seorang lelaki, Zhang yg juga berada di restoran sama bersama rakan-rakannya dan memintanya nombor telefon untuk berkenalan tetapi telah ditolak mentah-mentah. Mungkin kerana Wu menggunakan bahasa kurang sopan, atau Zhang yg tidak dapat menerima kenyataan malu di hadapan rakan-rakannya, berlaku pertengkaran antara mereka berdua. Adegan tolak-menolak berlaku sebelum Zhang dengan disertai rakan-rakannya yg lain bertindak memukul Wu beramai-ramai sehingga mangsa maut di tempat kejadian.