Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Kejam

KEJAM! [Video] Orang Utan Diselamatkan Setelah Dijadikan Pelacur

SEEKOR Orang Utan betina berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah dijadikan PELACUR di wilayah Kerengpangi, Kabupaten Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia. Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, tidak ada yang tahu sudah berapa lama Orang Utan bernama Pony itu berada di sana. Katanya, pemilik rumah pelacuran tersebut pada mulanya berkeras tidak mahu menyerahkan Pony. Baginya Pony adalah sumber kewangan rumah pelacurannya “Tidak mudah mengeluarkan Pony dari tempat mengerikan itu, ini kerana siapa saja yang cuba hendak menyelamatkan Pony akan berhadapan dengan orang-orang desa itu yang sanggup mengayunkan parang demi membela pemilik rumah pelacuran berkenaan,” kata Monterado dalam laman web Yayasan BOS. Akhirnya selepas mencuba selama kira-kira satu tahun, Yayasan BOS dengan kerja sama dengan pasukan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhasil memaksa pemilik rumah pelacuran itu untuk menyerahkan Pony. Difaham...

KEJAM ! ANTARA DOKTOR-DOKTOR YANG PALING KEJAM DALAM SEJARAH !

1. Jack Kevorkian Dilahirkan di Pontiac, Michigan, pada 26 Mei 1928, Jack Kevorkian adalah seorang Doktor pakar patologi. Beliau dituduh dengan sengaja membantu para pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang serius mengakhiri riwayat mereka dengan kata lain membunuh diri. Beliau mencipta sebuah mesin Euthanasia yang membolehkan pesakitnya memlih untuk membunuh diri dengan 2 cara. Cara pertama adalah Thanatron iaitu menggunakan Infus yang mengandungi garam, sodium thiopental dan kalium klorida untuk disuntikkan pada pesakit. Cara kedua adalah menggunakan Mercitron iaitu sebuah topeng gas karbon monoksida yang dipakaikan kepada pesakit. Pada tahun 1999 Jack dituduh melakukan pembunuhan darjah kedua dan dipenjarakan dari 1999 hingga 2007. Jack meninggal dunia di Royal Oak, Michigan pada 3 Jun 2011. 2. Harry Howard Holmes (Herman Mudgett) Lebih dikenali sebagai Dr. Harry Howard Holmes dilahir pada 16 Mei 1861 di Gilmanton, USA dan meninggal dunia pada 7 Mei 1896, di Philadelph...

PASANGAN KANIBAL KEJAM,BUNUH 2 WANITA,BUAT PAI GUNA DAGING MANGSA DAN JUAL KEPADA SEKOLAH !

KEJAM!! Pasangan suami isteri dan seorang wanita yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat telah melakukan suatu jenayah yang tidak boleh diterima akal apabila membunuh 2 orang wanita serta menggunakan cebisan daging mereka untuk membuat pai. Ketiga-tiga merka juga turut menjual sebahagian daripada pai berkenaan yang didakwa mengandungi inti tuna dan ayam kepada jiran dan beberapa premis termasuk sekolah di bandar Garanhuns. Perbuatan kejam Jorge Beltrao Negromonte da Silveira, Isabel Cristina Pires dan Bruna Cristina Oliveira yang dipercayai perempuan simpanan Silveira terbongkar selepas mereka cuba menggunakan kad kredit milik salah seorang daripada mangsa, April tahun lalu. Susulan daripada itu, pihak Polis segera menyerbu rumah mereka dan telah menjumpai sesuatu yang mengemparkan iaitu mayat dua orang wanita dalam keadaan yang mengerikan dan tidak sempurna. "Sebuah jurnal setebal 50 muka surut berjudul Revelations of a Schizophrenic (Pendedahan penghidap skizofrenia) yang d...