Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Seram

Misteri Manusia Boleh Lihat Bunian..

Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir. Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa. Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia. Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia. “Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik. Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia. “Cuma manusia tidak na...

Misteri Bilik Hotel 202 Cherating Yang Pasti Membuatkan Korang Tidak Berani Tidur Malam...

Gambar hiasan Kisah Seram ini merupakan kisah benar yang dialami oleh beliau sendiri. Selepas tamat pengajian saya di Matrikulasi, saya berkerja sambilan di salah sebuah hotel di Cherating, Pahang sementara menunggu panggilan untuk menyambung pengajian di Universiti tempatan.. Saya bekerja sebagai F & B dan ditugaskan bekerja di restoran yang berdekatan dengan pantai.. Saya bekerja di shif pagi.. Dan apa yang membuatkan saya berasa sangat pelik, kebanyakkan pekerja di sini tidak mahu bekerja di shif malam (overnite). Bagi saya bekerja pada waktu malam sangat rileks dan tidak memenatkan.. Walaupun hanya seorang sahaja bekerja di shif malam.. (Department yang lain juga sama, hanya seorang bertugas) Jadi dipendekkan cerita, semasa bos saya ingin menyusun jadual staf, saya telah meminta kepada bos saya untuk bekerja di shif malam memandangkan tiada sesiapa yang ingin bekerja di shif tersebut. Setelah seminggu saya bekerja di shif ini, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kisah se...

[3 Gambar] Misteri! Nenek Kebayan Merayau Di Asrama Maktab Tentera Darat

Sebut sahaja nenek kebayan, minda kita akan menggambarkan seorang nenek tua yang dilihat berjalan secara terbongkok-bongkok menyusuri jalan yang tidak diketahui. Sebuah kisah seram nenek kebayan yang dikaitkan dengan satu kejadian di sebuah asrama di Maktab Tentera Darat. Sejauh manakah dakwaan ini? kami akan berkongsi artikel ini bersama anda untuk sama-sama kita nilaikan sejauh kebenaran kisah ini. KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden. Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang ber...

SERAM ! NOTA TERAKHIR DARIPADA MONA FANDEY .

AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan. Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya? Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah. Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah). Aku mas...

SERAM!! Hutan Aokigahara: Hutan Menyeramkan Lokasi Popular Bunuh Diri Di Jepun !

Di kaki Gunung Fuji, Jepun, terdapat satu kawasan hutan dengan kelebaran 32 kilometer persegi. Namanya Hutan Aokigahara yang mempunyai pokok-pokok yang padat dan digelar sebagai "lautan pokok". Hutan ini mempunyai batu-batu yang indah dan gua ais, ada yang menjadi destinasi pelancongan popular. Tetapi itu bukan bahagian yang paling menarik dalam hutan. Terdapat satu lagi fakta menyeramkan iaitu Hutan Aokigahara adalah tempat yang popular untuk orang-orang Jepun membunuh diri, dan menjadi tempat yang paling berhantu di Sakura Negeri. Populariti Hutan Aokigahara sebagai lokasi membunuh diri yang paling popular dan yang paling berhantu di Jepun diperkukuh melalui novel terlaris bertajuk "Koroi Jukai karya Seicho Matsumoto". Novel yang diterbitkan pada tahun 1960, memberitahu dua orang cinta yang berjanji untuk menamatkan riwayat hidup mereka untuk cinta di dalam hutan. Tetapi sejarah sebagai lokasi membunuh diri wujud lama sebelum novel adalah luar biasa. Aura...

TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA

Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya. Antara tanda-tandnya ialah : 1. Takut bertentang mata bila bercakap 2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim 3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu 4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat 5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat 6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri 7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan 8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya 9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri. 10. Kerap bersetubuh. Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu. (sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/) p/s - ...

[18SG] SERAM..!! 10 Gambar Hantu Paling Popular.!!

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. 2. Hantu Kereta Remuk Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka. 3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers. 4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalanga...