Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info kesihatan

Kepada Korang Yang Malas Cuci Muka,Selepas Melihat Video Ini Mungkin Korang Akan Berubah...

Sebelum anda semua menonton video ini, ingin penulis ingatkan anda mungkin berasa loya akibat mononton ini. Ini satu video mengenai ‘deritanya’ seorang lelaki yang mungkin agak malas untuk mencuci mukanya setiap hari. Menjaga wajah atau bahagian muka adalah penting untuk mengelakkan terjadinya kulit yang rosak. Wajah yang sering tidak dibersihkan akan mudah menyebabkan timbulnya jerawat yang benanah teruk mahu pun akan menimbulkan ‘black head’ atau ‘white head’. Kalau wajah yang sudah berjerawat dan mempunyai dua ‘head’ ini, bila dikorek, pasti akan meninggalkan kesan atau lubang yang teruk pada wajah. Jadi, biasakanlah diri untuk menjaga wajah kita. Kalau terlalu malas untuk memakai produk-produk seperti toner atau pelembap muka, paling tidak pun pakailah pencuci muka untuk membersihkan wajah kita. Kalau tidak, tanggunglah ‘derita’ seperti lelaki dalam video ini. Sudah bersedia nak tonton?-mynewshub

Tahukah Anda Kenapa Ada Garis Putih Pada Kuku?

Kadang-kadang timbul juga persoalan kenapa ada garis putih pada kuku seperti dalam gambar. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, ini jawapannya. Baiklah,kami ingin berkongsi satu info ringkas yang berguna buat anda semua berdasarkan perkongsian dari sebuah blog ini. Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu. Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembenetukan garisan putih ini. Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein. Jadi apakah yang anda patut buat? Makanlah makanan yang mengandungi protein secekupnya. Betul apa yang ibubapa dan orang tua terdahulu cerita kesihatan seseorang boleh juga dilihat berdasarkan keadaan dan warna kukunya. Hebat juga nenek moyang kita.

Sayangi Mata, Ini Kisah Satu Tabiat Yang Anda Tidak Mahu Tiru

Memakai kanta lekap selama 6 bulan berturut-turut adalah satu kesilapan besar buat Lian Kao. Oleh kerana kedegilannya untuk menjaga kebersihan serta mengikut aturan pemakaian kanta lekap yang betul, gadis berusia 23 tahun ini telah mengorbankan daya penglihatannya buat selamanya! Ini kerana kanta lekap yang dibiarkan selama 6 bulan itu telah menjadi satu kondisi pembiakan yang selesa buat makhluk mikroskopik amoeba. Sejurus menanggalkan kanta lekap Lian Kao, para anggota medik berasa amat terkejut melihat kondisi mata gadis Taiwan itu yang sememangnya tidak dapat diselamatkan. Ini kerana permukaannya telah habis dimakan amoeba tersebut. Sepatutnya, Lian Kao perlu membuang kanta lekap itu setelah tempoh sebulan namun dia tetap memakainya tanpa menghiraukan risiko yang diundang. Lebih menerukkan keadaan adalah Lian Kao telah berenang di dalam kolam renang dengan memakai kanta lekap tersebut! Seharusnya kanta lekap perlu ditanggalkan sebelum pengguna melakukan sebarang aktiviti air. O...

9 Jenis Makanan Pembakar Lemak !!

1.Almond - Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan satu hidangan badam sehari mampu mengurangkan lemak dari badan. 2.Brokoli - Dimasak atau mentah,sayuran ini  boleh menghalang penyakit kanser.Hidangan brokoli hanya mempunyai 30 kalori dan juga membantu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan. 3.Oat - Ia tinggi serat, jadi ia membantu mengekalkan rasa kenyang sepanjang hari. Hanya makan setengah cawan oat dan ia  mengandungi 4.6 gram  karbohidrat sihat dan kanji yang merangsang metabolisme dan membakar lemak. 4.Limau gedang atau Grapefruit - Walaupun tidak mengubah apa-apa dalam diet korang, makan separuh limau gedang sebelum  makan boleh membantu anda kehilangan sehingga beberapa kg seminggu..Ia juga mengandungi bahan yang boleh mengurangkan insulin, sejenis hormon yang membantu menyimpa lemak.Ia juga merupakan sumber protein yang baik,Terdapat kira-kira 90 peratus air untuk setiap biji limau gedang. 5.Kacang Dhal - Ia merupakan sumber ...