Batang yang bakal mencetuskan fenomena dalam sebulan dua ini sudah pasti RE yang dihasilkan HTC. Apakah jenis batang tersebut? RE direka dalam bentuk yang sangat mudah. Sekali imbas, pasti orang memikirkan ia adalah batang paip, jika tidak pun binokular kapal selam yang sering kelihatan dalam filem. Tetapi inilah rekaan yang paling sesuai digenggam tangan. Malah, ia direka agar sentiasa bersedia untuk merakam gambar dan video. RE mempunyai sensor genggaman, yang mengesan apabila ia di dalam genggaman tangan sekaligus terus menghidupkannya. Kemudian, butang yang besar untuk ditekan ibu jari, menangkap gambar dengan pantas melalui satu tekanan, dan merakam video apabila ditekan lama. Kualiti pada kamera RE pasti tidak dapat dipertikaikan. HTC melengkapkannya dengan sensor CMOS 16MP yang turut mampu merakam video HD penuh 1080p. Lensanya mampu melihat selebar 146 darjah. Jadi lebih ramai dan banyak perkara boleh dimuatkan dalam satu gambar yang ditangkap menggunakan RE. Fungsi ya...
Blog Sumber Informasi Anda Menampilkan Artikel-Artikel Menarik Dari Dalam Dan Luar Negara Dan Lain-lain Berkaitan .