Langkau ke kandungan utama

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..



Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki.

Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan.


Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat.

Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila mengadakan hubungan kelamin. Faktor ini menyebabkan manusia tidak jemu mengulanginya. Lelaki suka kepada hubungan kelamin, begitulah juga dengan kaum perempuan.

Tetapi perlu difahami bahawa jimak itu menyebabkan isteri berada di dalam kepayahan, bukan satu kepayahan tetapi beberapa peringkat.

Pertamanya, isteri payah kerana terpaksa melayani kehendak suami walaupun dia letih. Keduanya, isteri akan merasa sukar bernafas, sukar berfikir, sukar menahan perasaannya ketika bersetubuh , keadaan ini menjadikannya serba salah kerana secara fitrahnya dia dijadikan malu terhadap semua lelaki termasuk juga suaminya. Ketiga, anggota badannya akan sakit-sakit dan sengal apabila melahirkan anak. Keempatnya, dia akan merasa sakit apabila melahirkan anak. Kelima, dia akan merasa jerih payah bila membesarkan anak, bersengkang mata, dan mendidiknya agar anaknya menjadi manusia soleh. Menyedari tentang kepayahan ini , suami sepatutnya bertimbang rasa kepada isteri ketika bersetubuh.

Allah s.w.t telah mengurniakan 99 bahagian kenikmatan kepada perempuan apabila ia disetubuhi oleh suaminya. Maka jika suami dapat menjimak isterinya dengan baik, ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan mengimbangi kepayahan yang dirasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya sebagai pakaian suami. Bila isteri mahu memakai suaminya, maka suami patut melayaninya pula.

Sepatutnya kenikmatan atau kepuasan suami dalam jimak bergantung kepada samada isterinya mendapat kenikmatan dan kepuasan. Ini kerana bersetubuh itu tugas saling memberi dan menerima antara dua hati. Menjimak isteri tidak semestinya memberikan kenikmatan kepadanya, mungkin dia merasa sakit, atau tidak puas, tetapi dia malu untuk menyatakannya.

Maka suami patut mengetahui dengan terperinci mengenai rahsia-rahsia tubuh isterinya, dari berbagai segi, bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan Dengan itu maka jimak akan dapat dilakukan dengan lebih adil dan bertanggung jawab, bukan sekadar memuaskan nafsu sendiri dan menunjuk kegagahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEWAS SAAT MENDAKI GUNUNG EVEREST, MAYAT PARA PENDAKI DIBIARKAN BEGITU SAJA. INI SEBABNYA...

19 Jenazah ini diyakini masih tertinggal di Gunung Everest Kisah perjalanan Sir Edmund Percival Hillary pada akhir Mei 1953 merupakan bukti bahwa mencapai puncak Everest bukanlah impian semata.Ahada Ramadhana Brilio.net - Gunung dengan ketinggian puncak 8,848 meter yang merupakan tertinggi di dunia ini terus menarik minat para pecinta alam dari berbagai belahan dunia sejak pertama kali dijelajahi pada 1922. Perjalanan Sir Edmund Percival Hillary pada akhir Mei 1953 merupakan bukti bahwa mencapai puncak Everest bukanlah impian semata. Hal ini memberikan dorongan lebih kepada banyak orang untuk dapat mencatatkan diri sebagai penakluk gunung yang berbatasan dengan China dan Tibet ini. Sayang tak semua pendaki berhasil mencapai puncak idaman. Tak sedikit yang pergi untuk tercatat dalam daftar pendaki yang meninggal. Lebih memilukan lagi sebab mayat-mayat mereka ada yang tak mendapat perlakuan layak. Dengan medan yang berat dan tidak disertai peralatan memadai, orang-orang memilih ...

Dua remaja perempuan masin-masing berusia 15 tahun terpaksa ditahan pihak polis selepas didakwa cuba mer0g0l seorang lelaki yang di kenali sebagai Iman.

Dua remaja perempuan masin-masing berusia 15 tahun terpaksa ditahan pihak polis selepas didakwa cuba merogol seorang lelaki yang di kenali sebagai Iman. Remaja perempuan yang di kenali sebagai Puteri dan Alia itu didakwa telah mencabul kehormatan lelaki tersebut. Iman yang baru berusia 14 tahun dikenali sebagai pelajar pandai dan kacak di sekolahnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Menado, Indonesia pada malam kemarin. Menurut laporan menado.com dimaklumkan pada awalnya Puteri dan Alia mengajak mangsa untuk berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah Puteri ketika orang tuanya tiada di rumah Setibanya di rumah, Puteri telah mengajak mangsa untuk berbual-bual didalam rumahnya, mangsa yang tidak tahu niat sebenar Puteri mengikut saja kehendak kekasihnya itu. Ketika berbual, Puteri dan Alia cuba meraba-raba mangsa sehinga ke bahagian sulit, namun mangsa cuba melawan dan menghentikan kelakuan dua remaja itu tetapi Puteri dan Alia semakin menjadi-jadi sehingga memaksa mangsa un...