Langkau ke kandungan utama

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah.



Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya?

Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat.

Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan.

Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negatif, kita akan jadi marah dan tertekan. Tetapi kalau kita fikir ke arah positif, kita akan gembira. Kalau suami tidak keluar melepak, saya akan tanya,

"Abang tak keluar ke hari ni?"

Suami saya seorang kaki lepak yang tegar. Suami juga selalu melancong dengan kawan-kawannya. Suami juga selalu outstation tetapi itu semua tidak menjadi isu kepada saya. Bila dia melepak dengan kawan-kawannya, saya akan bertanya dia lepak di mana. Kalau dia lepak di kedai makan, saya akan minta dia tapau milo ais saja.

Kalau dia nak bercuti dengan kawan, saya akan syorkan dia tempat yang saya teringin nak melancong kerana selapas dia berjalan dengan kawan-kawan, dia akan bawa kami anak beranak pula.

Banyak lagi hal lain yang perlu seorang isteri fikirkan. Tambahan sebagai seorang ibu, lebih banyak masalah anak-anak yang perlu kita selesaikan. Hal suami, tak perlu kita nak kongkong. Tahulah dia menjaga diri. Itu cara nak bahagia, tak perlu fikir peningkan kepala fikir macam-macam. Hidup hanya sementara. Sentiasa positif terhadap pasangan. Ini pendapat saya sebagai ibu kepada enam anak.

Jangan kongkong suami, sokong hobi suami. Jalankan kewajipan sebagai isteri, inshaAllah bahagia boleh tercipta walaupun orang kiri kanan berbisik sesama sendiri,Malangnya dia dapat suami perangai seperti itu. - KRT | The Reporter
ADS HERE

Sumber : penbiruoffcail

Ulasan

  1. Tiada kawan lepak di kedai kopi, klu kurung kurung mestinya ada a ramai tee, sentiasa sibuk buat kerja di rumah yg tidak pandai habis.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Sengaja Cari Pasal degan Pegawai PoIis Malaysia, Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut...

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi. Namun khirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin. Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Berikutan itu, kekasih kepada Nur Sajat iaitu lelaki kelahiran Lubnan, Jad Issa atau senang dipanggil Jadooss telah memuat naik satu imej yang menarik perhatian ramai di InstaStory miliknya. Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut. Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah meletakkan topi dan cermin mata hitam di bahagian kepala dan mata Datuk Seri Abd. Jalil. Kemudian meletakkan gambar pizza serta air minuman di kedua-dua belah tangannya. Walau bagaimanapun, motif sebenar Jados masih tidak dapat dipastikan ber...