Langkau ke kandungan utama

[VIDEO] Menyedihkan! “Dokter sendiri kongsi budak umur 12 tahun melahirkan anak”



MENYEDIHKAN!

Hanya itu yang mampu diungkapkan seorang doktor apabila dia menerima pesakit seawal usia 12 tahun dalam proses melahirkan bayi.

Bercakap kepada mStar Dr Najdah Othman yang pernah bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor berkata, kes rogol atau hubungan seksual secara sukarela dengan atau antara kanak-kanak bawah 18 tahun merupakan antara kes-kes yang sering mereka ditemui.

“Sebagai seorang yang beragama Islam tak dinafikan saya sedih bila dapat kes-kes macam ni, kadang-kadang rasa terkejut pun ada kalau kes advanced, maksudnya hubungan itu berlaku atas dasar suka sama suka, mereka ini didedahkan terlampau awal mungkin dari kecil mereka dah expose tengok video porno atau belajar daripada adik-beradik dan kawan-kawan.

“Walaupun kerap jumpa (kes rogol statuari) tetap akan akan ada rasa terkejut,” jelasnya yang kini bertugas sebagai doktor perubatan di unit kecemasan, di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Menurut Dr Najdah, sama ada kanak-kanak itu mengandung atau tidak, masyarakat perlu sedar bahawa kes tersebut akan tetap disiasat sebagai kes rogol memandangkan ia melibatkan kanak-kanak bawah umur.

VIDEO 

https://www.instagram.com/p/CVJaKXHBAEJ/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again



Tangkap layar video Dr Najdah yang dikongsikan di laman TikToknya.

“Ada yang mengandung, ada yang tak tapi charge tetap sama bawah statutory rape cuma nak sabitkan kesalahan itu tergantung kepada siasatan dan bukti kes.

“Tapi saya nak mereka di luar tu tahu yang hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur ni ada hukumannya tak kira mereka melakukannya secara suka sama suka, biar mereka fikir banyak kali sebelum terlibat tak kira lelaki mahupun perempuan,” katanya.





Menurut Dr Najdah masyarakat perlu sedar bahawa melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur sama ada dengan kerelaan atau tidak akan tetap dikira rogol.

Selain itu, Dr Najdah juga terpaksa berdepan dengan ke-kes rogol, dan antara mangsa yang paling muda termasuklah seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dirogol abangnya yang berusia 13 tahun.

“Untuk kes yang suka sama suka ni kita cuma boleh bagi nasihat supaya mereka tak ulang semula dan ambil iktibar sebab kalau nak marah pun dah tak guna nanti mereka memberontak.

“Tapi bagi kes yang betul-betul mangsa rogol memang simpati sangat, mereka mungkin mengalami trauma dan kesukaran untuk lupakan kejadian tersebut,” katanya.

Bagi saya kes bawah umur semuanya tetap mangsa keadaan sebab kebanyakan mereka ada yang memang naive tak tahu benda tu salah dan boleh mengakibatkan mereka mengandung.
DR NAJDAH OTHMAN

Bagi Dr Najdah, sukarela atau dipaksa, kanak-kanak bawah umur yang terlibat dengan aktiviti seksual tetap dilihatnya sebagai 'mangsa'.

“Bagi saya kes bawah umur semuanya tetap mangsa keadaan sebab kebanyakan mereka ada yang memang naive tak tahu benda tu salah dan boleh mengakibatkan mereka mengandung.

“Ada juga yang menjadi mangsa grooming, atau disebabkan desakan dan permintaan teman lelaki ada juga yang kurang upaya, lembam ada yang diperlakukan oleh abang sendiri,” jelasnya.

Justeru, Dr Najdah berkata, anak-anak seharusnya didedahkan dengan pendidikan seksual sejak awal lagi supaya mereka peka dan lebih berhati-hati.

“Anak-anak kena tahu bahagian tubuh yang mana boleh disentuh, apa yang tidak boleh disentuh dan tak boleh dilihat oleh sesiapa pun, dan apa kesan daripada perlakuan mereka.

“Bagaimana nak bezakan sentuhan kasih atau grooming daripada orang yang dikenali.

“Ibu bapa juga perlu memantau penggunaan telefon bimbit serta pergerakan anak-anak,” katanya.






Mengandung di usia muda ada banyak risikonya.

Menjelaskan kesan apabila anak-anak bawah umur hamil, Dr Najdah berkata, saiz pelvis yang masih kecil boleh menimbulkan kesukaran semasa proses kelahiran serta risiko komplikasi kelahiran yang tinggi.

“Apabila mengandung keadaan fizikal wanita itu akan berubah, dan kalau kanak-kanak itu tubuhnya kecil, ia boleh beri kesan kepada kandungan dan proses kelahiran.

“Bagaimanapun rujuk pakar untuk menilai keadaan pesakit secara keseluruhan, seandainya kandungan itu boleh beri kesan psikologi jangka panjang atau mengancam nyawa ibu, mereka akan dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan.

“Dari segi emosi pula bayangkan di usia muda sudah perlu jaga anak yang mereka tak rela, terpaksa pikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal jadi bagaimana mereka mahu sara anak tanpa kewangan dan sebagainya.” jelas Dr Najdah juga merupakan salah seorang penasihat rumah perlindungan wanita mengandung tanpa suami, Baitus Solehah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...