Langkau ke kandungan utama

FB Lelaki Ini Di Block Gara Gara Dedah Kebenaran Kehidupan di Perlis..



Facebook Hafiz Mansor, Diblocked Gara-Gara Dedah Kebenaran Kehidupan di Perlis. Nama Hafiz Mansor hari ini menjadi sebutan ekoran pendedahan kebenaran kehidupan di Perlis. Namanya trending disebabkan status yang telah dikongsikan ramai orang.

Salah satu adalah kerana pendedahan Hafiz Mansor dilihat sebagai memperlekehkan negeri Perlis namun kalau dilihat secara mendalam, banyak kebenaran yang memberi informasi kepada orang lain sebelum datang ke sana. Namun, mungkin cara penyampaian beliau kelihatan sedikit kasar dan sukar diterima oleh masyarakat umum.


Apa yang orang luar perlu tahu sebelum datang ke Perlis dan tak ternganga bila sampai:

-Perlis mempunyai 2 Menteri Besar. Walaupun ada menteri besar baru, ia masih dimonopoli bekas menteri besar dalam semua majlis.

-Bila korang datang ke Perlis, hati2 ketika memandu kerana jalan yg lurus jangan disangka ada devider bengkok. Banyak yang dah mati sebab jalan lurus tetiba dibuat devider bengkok untuk masuk ke simpang atau u-turn. Ni paling jilake. Tak belajar buat jalan dari negeri2 lain ke?

-Taman ular dah macam muzium dinosour. Ular2 banyak kurus dan tinggal rangka. Tak pasti sama ada kurang makan atau mereka melalui program diet bersama Kevin.

-Taman burung yang tiada burung. Banyak burung yang dah kembali ke rahmatullah dan ianya begitu teruk sekali untuk tatapan pelancong. Jadi, di Perlis ia menggunakan konsep jagalah burung sendiri. Jinak2 burung merpati, jinak lagi burung sendiri.

-Kawasan Chalet ke Air Terjun Bukit Ayer sesuai untuk penggambaran Filem Kuntilanak Sesat Di Hutan. Kawasan yang dahulunya cantik untuk tempat pelancongan dah terbiar berlalang. Bohsia bohjan nk beromen pun seram apatah lagi hantu nk tinggal situ.

-Projek Ladang anggur dah jadi tempat ladang ternakan serangga, lalang dan lipan rasanya. Tiada lagi pelancong dapat rasa anggur perlis kecuali beli anggur di Giant. Buat projek, dpt geran, blah.

-Wang Kelian dah jadi macam kawasan perang vietnam. Sunyi sepi. Tiada lagi urusan bebas jual beli setiap hari Ahad. Kerana egonya pengurusan negeri Perlis, Thailand mengetatkan untuk ke sempadan dgn perlunya pasport atau border pass. Dulu tak perlu. Orang Thai boleh beli brg di perlis dan org malaysia boleh pergi ke thailand sehingga 2 kilometer sahaja.

-Solat berjemaah diMasjid tiada doa oleh imam selepas berjemaah. Doa sendiri2. Dalam bacaan contohnya seperti solat subuh, bismillah mesti baca perlahan oleh imam sebelum surah Al-Fatihah dibaca dengan kuat. Tiada doa Qunut ketika solat subuh.

-Jika beli barang di Padang Besar, Elakkan cakap KL kalau tak nak kena kapak harga.Harga baju dan seluar akan jadi lebih mahal dari Pasaraya Giant atau Tesco. Hang cakap KL, siap la..

-Selepas 10 malam, kebanyakkan kawasan akan sunyi dimana kedai makan banyak tutup kecuali di kawasan Arau dan Kuala Perlis yang banyak pondan2 dok berkaraoke lagu Madah Berhelah di kawasan jeti.

-Budak2 muda laki pompuan lepak dihighway Arau sehingga ke Kuala Perlis untuk tengok geng2 motor, teraba dan bertonggengjawab. Lepak smpai jam 3 pagi kecuali hujan lebat.

-Kebanyakkan kampung penuh dengan ladang Ketum yang sihat dan segar daunnya. Dulu penuh pokok mempelam. Sekarang tanam ketum sebab ianya lebih lumayan. org perlis kaya2 dan banyak rumah besar.

-Hati2 dengan papan tanda Buah Harum Manis. Ada yang betul dan ada yang kelepet. Kalau tengok ada raga tulisan siam, hati2 dan jangan beli. Menipu semua tu kata Harum Manis. Semua mangga thailand. Nak beli, cari kat Sungai Batu Pahat.

-Orang Perlis kaya dengan masa. Banyakkan istighfar bila korang memandu di sana. Pandai2 lah hang potong kereta atau motor bila nak laju. Depa sangat rileks bawak kenderaan dalam 40-60km/j.

-Hati2 memandu sebab kiri kanan jalan ditanam pokok jati yang kayunya sangat pawer kerasnya. Kalau hang terbabas, susah nak hidup kalau ikutkan rekod setakat ni. Dah boleh tebang pokok jati tu buat perabot dan baik tanam pokok pisang kat tepi jalan.

-Gua kelam yang semakin kelam. Kawasan gua batu kapur menjadi tempat mandi manda tidak dijaga dengan baik. Tiada marketing menarik pelancong. Takut ulaq baq hang.

-Bangunan, masjid, tiang, jambatan, jamban kebanyakkan dicat dengan warna kuning biru. Hudoh sikit la. Tak nmpak moden. So, hang jangan nak pelik. Nasib baik bendera perlis bukan warna hitam.

-Ladang Tebu mula menjadi ladang Kenaf. Apa jadah pokok Kenaf ni? Hang google la sendiri pokok tu mcm mana dan apa kegunaan dia. Pokok tebu semakin berkurangan sikit demi sedikit.

-Tak banyak restoran mamak disekitar kawasan perlis kecuali di Arau sahaja yang hidup. Mamak yang lain2 dah bungkus balik kampung sbb org perlis tak makan kedai mamak. Yg dok makan kat Arau tu semua student luar yg suka air tangan mamak.

-Perlis tiada TOL walaupun highwaynya berombak-ombak. Slow2 sikit bawak kat highway takut terbang dalam sawah.

FB: Hafiz Mansor

Apa yang disebut oleh Hafiz Mansor dalam FB mengenai kehidupan negeri Perlis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya yang mungkin sedikit sebanyak kelihatan pedas dengan penyampaian yang sarkastik, tetapi ianya menggambarkan kebenaran sebenar tentang negeri kelahirannya hari ini. – Penmerahdotcom

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

AYAH ROGOL 3 ORANG ANAK SEKALI GUS ! APA SUDAH JADI ...

“Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri. Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu. Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air ‘setan’ di rumah rakan berhampiran. Lelaki ‘dajal’ itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur. Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu  mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini. Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian. ...

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...