Langkau ke kandungan utama

Bakal Suami Batalkan Perkahwinan Apabila Menonton Video Bridal Shower Bakal Isterinya Bermesraan Dengan Lelaki Di Khalayak Ramai..

Perkahwinan dibatalkan oleh bakal suami apabila menonton video bakal isterinya bermesraan dengan lelaki ketika bridal shower..




Setiap pasangan kekasih, perkahwinan adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Persiapan berbagai persiapan dilakukan agar hari yang dinantikan itu akan meninggalkan sejarah serta kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Gambar dan video direkodkan agar dapat ditunjukkan kepada anak dan cucu kelak.

Begitu juga bagi pasangan ini setelah lama bercinta dan berkasih sayang, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan dan menamatkan zaman bujang.

Segala persiapan telah dibuat, tarikh pernikahan juga telah ditentukan dan undangan ke majlis perkahwinan juga telah disebarkan. Semua persiapan untuk hari yang dinantikan itu telah pun siap secara keseluruhannya dan mereka hanya menunggu masa untuk disatukan.

Zaman sekarang setiap pasangan yang akan berkahwin pasti akan melakukan 'Bridal Shower', ia umpama satu tradisi yang wajib dilakukan, lebih-lebih lagi di negara barat. Mereka sering mengadakan bridal shower sebelum mereka dikahwinkan, kononnya ingin berpesta buat kali terakhir sebelum menjadi hak milik orang.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Rakan-rakannya telah mengaturkan dan mengadakan bridal shower khas untuknya. Semua rakan-rakannya dijemput hadir baik lelaki dan perempuan.

Majlis ini seperti satu pesta yang tidak membataskan pergaulan lelaki dan perempuan. Mereka menari, menyanyi dan berpelukan sesama sendiri dengan gembira sehinggakan wanita berkenaan tidak menyedari dia telah melakukan kesilapan apabila mengecewakan bakal suaminya sendiri.

Mengikut laporan dari Viral4Real, beberapa hari sebelum tarikh majlis pernikahan pasangan itu, bakal suami wanita terbabit telah memutuskan untuk tidak berkahwin dengannya apabila terlihat satu rakaman video yang memaparkan kemesraan wanita berkenaan dengan seorang lelaki yang dipercayai seorang penari melakukan hubungan intim di hadapan khalayak ramai.

Melalui satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Carmelo Delva, wanita terbabit melakukan perbuatan itu dengan kerelaannya tanpa paksaan dan mengakhiri perbuatan itu bersama sorakkan rakan-rakannya.




Menurut akaun Facebook itu lagi, selepas melihat rakaman video perbuatan wanita itu ketika bridal shower tersebut, lelaki berkenaan terus membatalkan pernikahan mereka serta merta. Namun, tiada kenyataan yang menceritakan apakah yang berlaku selepas itu dan siapakah pasangan berkenaan serta lokasi kejadian tidak dinyatakan. - Koleksi Viral

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...