Langkau ke kandungan utama

Rahsia Terbongkar Thaqif Luahkan Perasaan Menerusi Buku Latihan Setelah Berhenti Sekolah Tahfiz..



Johor Bahru - Seorang murid lelaki yang kakinya terpaksa dipotong dan mendapat liputan meluas, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, ada meluahkan perasaan dan doa melalui buku latihannya agar dapat dipindahkan daripada asrama berkenaan. Lapor Harian Metro.

Menurut saudara murid itu yang tidak ingin dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui oleh keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.

Menerusi penulisan Thaqif dalam nota itu, dia menulis seolah-olah menceritakan tentang dirinya itu dalam keadaan tertekan.

Malah, Thaqif juga seperti dibuli selain menceritakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.

Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi berada di madrasah itu.

Menurut ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu telah mendaftar masuk ke madrasah tersebut pada 27 Januari lalu. Pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah tersebut.

Perubahan ke atas dirinya mula ketara dan dia mendesak agar segera dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul sejak kebelakangan ini.

Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.

Menurut ibunya lagi, apabila melihat Thaqif bersedih dan seperti tidak mahu ke sekolah, dia mengeluarkan Thaqif dari sekolah tersebut pada 31 Mac lalu, jelas ibu Thaqif.

Sungguh mengejutkan apabila kesihatan Thaqif semakin buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, pada Rabu lalu.

Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.

Doktor juga memaklumkan bahawa dia tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.

Sehubungan itu, keluarga Thaqif telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Keluarga Thaqif amat mengharapkan agar polis menjalankan siasatan terperinci.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...