Langkau ke kandungan utama

“Saya Mahu Bersalin Di Luar Negara Untuk Setiap Anak” – King Coco

maxresdefault

Mesti ramai yang masih mengenali wanita bernama Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco yang pernah menarik perhatian netizen dengan cara percakapannya.

Coco dahulunya juga pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan suami orang.

Foto Ihsan : Youtube

Dengan apa yang telah terjadi tidak mematahkan semangat Coco untuk meneruskan kehidupannya malah beliau juga mengakui tidak menyangka bahawa dirinya akan hamil dengan sebegitu cepat.

“Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung. Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah. Lagipun kami merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin tapi ini rezeki Allah. Saya tidak pernah tolak.

“Memang saya sukakan kanak-kanak malah, anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess. Apabila saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, segera saya membuat pemeriksaan sendiri dan alangkah gembiranya apabila mendapat tahu saya sudah mengandung. Macam tidak percaya!

“Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya.”


Coco juga menjelaskan bahawa proses kehamilannya berjalan dengan lancar tanpa mengalami sebarang alahan yang teruk mahupun mengidam makanan yang sukar untuk dicari.


Apabila ditanya berapa bilangan anak yang dimahukan, Coco hanya memberitahu beliau mengimpikan untuk mempunyai dua orang cahaya mata dan bukan itu sahaja, beliau juga sudah mempunyai perancangan untuk setiap anak yang bakal dilahirkan.

“Saya mahu bersalin di luar negara untuk setiap anak saya. Jadi adalah juga kenangan apabila kembali ke tempat saya bersalin itu nanti. Rasanya dua orang zuriat sudah cukup untuk kami.”

Kami di SURIAfm mendoakan agar Coco dapat mengharungi tempoh kehamilan dengan jayanya. Orang kata kalau mengandung, tak boleh stress kan? So, jagalah diri baik-baik ye.

Sumber : Astro Gempak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...