Langkau ke kandungan utama

Video seorang wanita rakyat Malaysia yang bekerja di Jeddah, merayu bantuan orang ramai untuk membawa dia dan dua orang anaknya pulang ke Malaysia, viral di media sosial..


JEDDAH, ARAB SAUDI - Video seorang wanita rakyat Malaysia yang bekerja di Jeddah, merayu bantuan orang ramai untuk membawa dia dan dua orang anaknya pulang ke Malaysia, viral di media sosialIrnani Osman yang bekerja sebagai jururawat difahamkan telah diceraikan oleh suaminya tanpa diberi nafkah dan hidup bersendirian ingin pulang ke tanahair namun terhalang disebabkan keengganan suami memberi kerjasama.

Irnani telah memohon bantuan dari pihak konsulat dan kedutaan Malaysia serta pihak berkuasa di Jeddah, namun usaha itu gagal.

Justeru, si ibu memohon agar sahabat-sahabat media, agensi kerajaan, NGO dapat tampil membantunya.

"Saya Irnani binti Osman, bekerja di Jeddah, sudah berumah tangga selama enam tahun bersama suami saya, Azmi Junaidi. Baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember tahun lalu.

"Kini saya ingin pulang ke Malaysia dengan anak-anak saya. Masalahnya saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang, disebabkan permasalah visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya.

"Kam tidak ada tempat untuk tinggal. Cuma menumpang di rumah kawan-kawan selama sebulan ini. Saya cuba mendapatkan bantuan dari konsulat Malaysia di Jeddah, namun mereka tidak dapat membantu.

"Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin. kami tiada sesiapa di sini.

"Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor ketiga dan kandungan baru berusia 4 bulan. Saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa yang dapat membawa kami bertiga pulang,"
katanya.

Video telah di padam. Sila klik link di bawah untuk lihat video : http://mediahariannews.blogspot.my/2017/02/video-seorang-wanita-rakyat-malaysia.html

Sumber Video: fb Abam Manz

Sumber:The Reporter

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Sengaja Cari Pasal degan Pegawai PoIis Malaysia, Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut...

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi. Namun khirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin. Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Berikutan itu, kekasih kepada Nur Sajat iaitu lelaki kelahiran Lubnan, Jad Issa atau senang dipanggil Jadooss telah memuat naik satu imej yang menarik perhatian ramai di InstaStory miliknya. Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut. Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah meletakkan topi dan cermin mata hitam di bahagian kepala dan mata Datuk Seri Abd. Jalil. Kemudian meletakkan gambar pizza serta air minuman di kedua-dua belah tangannya. Walau bagaimanapun, motif sebenar Jados masih tidak dapat dipastikan ber...