Langkau ke kandungan utama

Sayu melihat seorang ibu tunggal terpaksa tinggal di kaki lima bersama dengan bayinya yang berusia dua bulan.

"Sampai bila nak hidup macam ni.. saya ditinggalkan suami yang merupakan penagih dadah dan kaki judi dan kaki pukul.. kini Kaki Lima ini sajalah tempat kami berteduh "

Sayu melihat seorang ibu tunggal terpaksa tinggal di kaki lima bersama dengan bayinya yang berusia dua bulan.

KUALA LUMPUR - Sayu melihat seorang ibu tunggal terpaksa tinggal di kaki lima bersama dengan bayinya yang berusia dua bulan.

Gambar dan video yang diviralkan oleh Chek Nana IV itu kini viral di media sosial, mencetuskan simpati netizen yang rata-rata mahu membantu ibu tunggal berkenaan.

Menurut Nana, dia hanya mengetahui penderitaan yang dilalui oleh ibu tunggal itu dari seorang pakcik OKU yang datang membeli nasi di kedainya.

"Semalam pakcik ini datang beli nasi di kedai saya. Dah siap bungkus, saya pun bagi pada dia. Tetapi dia tak boleh nak pegang sebab dia berkerusi roda. Nak gantung pun tak boleh, takut jatuh.

"Saya pun tanya dia duduk di mana. Katanya jual tisu di depan CIMB Bank. Saya pun pergi hantar dan tiba di sana, ternampak seorang wanita bersama dengan bayinya berusia dua bulan yang asyik menangis saja. Saya bagi nasi itu kepada ibunya dan sempat berborak seketika," kata Nana.

Berdasarkan perbualan Nana dengan ibu tunggal berkenaan, dia telah ditinggalkan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah dan kaki judi. Dia juga pernah dipukul sebelum ditinggalkan. Mujur ada lelaki bernama Din, yang banyak membantunya selama ini.Menurut ibu tunggal itu, anaknya, Muhammad Syakir, sudah beberapa hari tidak minum susu badan kerana dirinya sudah lama tidak makan nasi.

"Sambil dia menangis buka bungkusan nasi untuk dimakan, saya pun tolong pegangkan anaknya sampai bayi itu tertidur. Ya Allah, kasihannya bayi yang tidak bersalah itu," kata Nana.

Jelas ibu tunggal itu lagi, di siang hari, dia bekerja mencuci pinggan di sebuah kedai makan di Jalan P. Ramlee. Majikan yang baik itu juga tidak kisah dia membawa bayinya setiap hari.

"Bapanya memang kaki dadah dan kaki judi, jangan kahwin dengan orang seperti ini. Cari yang baik, yang hodoh pun tak apa. Akak dah terkena dah, dah letih dah hidup macam ini. Kesian anak hidup merana.

"Anak saya berusia dua bulan dan dilahirkan secara pembedahan dan tambahan akak ada darah tinggi dan kencing manis. Lima hari anak ditahan di ICU.

"Abang Din kawan yang baik, banyak tolong akak. Orang OKU yang sudi tolong akak," katanya.
Sementara itu, pihak Skuad Jejak Asnah Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil maklum mengenai ibu tunggal berkenaan dan telah menjejaki mereka di bangunan CIMB kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam semalam. Namun gagal menemui wanita berkenaan.

"Menurut pekerja bank, kebiasaannya wanita dan anaknya itu berada di situ pada malam hari. Malam ini kami akan segera meneruskan pencarian dua beranak berkenaan," kata pihak berkenaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...