Oleh Syazwan Aizad. Sumber BBC
Setiap tahun pada bulan Mei, warga Fruita, Colorado akan meraikan Festival Mike Si Ayam Tanpa Kepala untuk mengenang kejadian aneh yang terjadi 71 tahun lalu.
Kejadian yang terjadi pada 10 September 1945, seorang petani, Lolyd Olsen dan isterinya telah menyembelih 50 ekor ayam. Namun, salah seekor daripada ayam itu didapati masih hidup, walaupun kepalanya telah dipotong!
Ayam yang bernama Mike itu didapati boleh berlari dan melompat tanpa kepalanya hampir setahun setengah.
Misteri ayam tanpa kepala ini dijelaskan kerana masih terdapat otak pada kepala ayam tersebut. Dan sejak dari itu, Festival Mike Si Ayam Tanpa Kepala akan diraikan setiap bulan Mei.
Kredit : http://www.sajakongsi.com/
Ulasan
Catat Ulasan