Langkau ke kandungan utama

‘Aku Benci Bangla, Diorang Buat Aku Rasa Jijik, Geli & Memualkan!’

‘Aku Benci Bangla, Diorang Buat Aku Rasa Jijik, Geli & Memualkan!’




Aku dibesarkan dalam hidup yang mewah. Tak pernah merasa susah dan penat lelah. Semua aku nak, aku dapat. Lebih-lebih lagi aku anak bongsu, lagilah menjadi-jadi demands aku. Semua benda aku dapat.

Disebabkan aku hidup mewah selama ini, aku memandang rendah pada pendatang-pendatang asing yang bekerja di negara kita (yang ada permit). Jadi kalau pergi ke supermarket, memang adalah pak guard Bangla, kutip troli pun Bangla, orang Indonesia kerja di kiosk, Pakistan jambang kerja jual baju.

Aku benci mereka semua ini dan aku rasa jijik, geli dan memualkan. Sudahlah kalau lalu di sebelah, memang tengik saja baunya. Tak pernah mandi agaknya? Sudahlah selekeh! Walaupun anak kecil Indonesia sekali pun, aku benci. Memang aku jeling-jeling kalau pandang spesis mereka ini. Datang ke negara orang, buat semak saja!



Aku baru habis pengajian, jadi aku sedang menunggu masa untuk masuk ke next step dalam beberapa bulan saja lagi. Disebabkan aku dah bosan gila duduk di rumah, aku request nak bekerja. Aku tak boleh duduk di rumah tanpa buat apa-apa meskipun ada segala kemudahan gajet, wifi bagai. Aku dah tak tahu nak online apa dah di rumah.

Masa itu, mak aku memang sangsilah, boleh ke aku bekerja? Kang tak sampai seminggu dah berhenti. Biasalah, mak tak pernah tengok aku bekerja mencari duit.

Ditakdirkan rezeki, aku mendapat kerja di sebuah kiosk di supermarket yang penuh dengan pendatang asing. Alhamdulillah, disebabkan gaji masyuk, kerja duduk jaga kedai saja boleh dapat RM1,500, aku terima sajalah.

Dalam seminggu bekerja, aku benar-benar terkedu. Ya Allah, betapa hina dan bongkaknya aku dulu. Pekerja Bangladesh, Indonesia dan Pakistan tidaklah jijik seperti yang aku sangka, tetapi sebaliknya aku yang menjijikkan dan memualkan. Allah tunjukkan keperibadian mereka yang sebenar pada aku. Allah buka mata aku luas-luas.

Pekerja Bangladesh yang kutip/tolak troili itulah yang paling murah dengan senyumannya. Pekerja Bangladesh yang jual makanan itulah yang selalu beri keropok lekor dan air percuma. Lelaki Pakistan yang berjambat satu muka itu jugalah yang menolong aku menolak grill yang berat gila bapak. Kakak Indonesia yang jaga kiosk di sebelah itulah yang borak gila-gila dengan aku, selalu bagi kaya balls free, walffle free, bahalu free. Anak dia pula selalu berborak dengan aku tentang robot. Lelaki Pakistan yang berperwatakan lembut depan kedailah yang selalu menceriakan hari-hari aku. Grandfather Pakistani (sebenarnya dia muda lagi tetapi dia selalu panggil aku auntie walaupun aku masih remaja dan bermuka comel. So aku panggil dia grandfather) itulha yang selalu tolong hack Wifi agar aku tak mereput sangat. Pakistani jual baju itu juga yang selalu berborak mengenai pendidikan denga naku.

Aku tak faham, sungguh tak faham mengapa aku sanggup menghina mereka dalam diam dulu. Mereka-mereka inilah kawan-kawan aku sekarang. Setiap pagi dari pintu masuk supermarket sampailah ke kiosk tempat kerja aku, mereka hai hai bye-bye. Nanti bila dah nak balik, mereka inilah yang selalu menegur.

“Hai! Dah nak balik ke? Awalnyee!”

Baru aku tahu kenapa mereka datang ke sini. Mereka sanggup tinggalkan keluarga betahun-tahun, mak ayah, isteri dan anak kecil semata-mata mahu mencari rezeki untuk menyara hidup. Bukan mereka pinta tetapi terpaksa. Kalau tidak, anak dan isteri dia makan apa? Pasir? Daun? Pekerja Bangladesh itulah yang walaupun sakit, tetapi mereka tetap datang bekerja sebab kalau tidak, gaji kena potong.

Kasihan sangat aku tengok mereka. Tak ada sesiapa untuk diajak berbual, tanya dah makan ke belum, sihat ke tidak. Aku pernah tanya seorang uncle Bangla.

“Uncle, hari-hari makan apa?”

“Makan capati saja, buat sendiri,” katanya.

“Kenapa tak makan nasi?”

“Tak lalu nak makan,” jawabnya.

Padahal aku tahu dia tak ada duit. Sedih weh, kerja teruk dari awal pagi sampai jam 10 malam tapi dapat gaji tak sampai pun RM1,000. Nak hantar duit balik kampung lagi, patutlah mereka asyik pakai baju yang sama sampai berbau sebab mereka tak ada baju yang lain dah. Ada pun dua tiga helai saja.

Kau bayangkanlah dua tiga helai baju saja, kau ada yang ada dua ratus helai baju pun boleh merungut tak ada baju. Lagi sedih bila hari itu aku ternampak dia belek baju di kedai. Dia mampu belek saja, kemudian dia blah. Berair mata aku.

Ada seorang lelaki Pakistan di kedai baju ini, selalu tunjuk gambar dan cerita tentang anak dan isteri dia dengan wajah yang gembira. Siapa tak rindu anak bini weh!? Itu tak apalah, ada smartphone, dapat WhatsApp gambar. Kalau macam uncle tolak troli itu, dia guna Nokia 3310 saja. Macam mana nak tengok gambar? Dia dah bertahun-tahun tak balik kampung. Kau bayangkanlah? Aku yang tak jumpa parents 5 bulan pun macam nak gila dah. Tabahnya mereka.

Anak kepada kakak Indonesia itu pula, walaupun dia selalu gagal di sekolah tetapi dari apa yang dia selalu cerita pada aku, aku tahu dia ini kalau kena pada tempatnya memang boleh pergi jauh. Dia selalu bercakap tentang perkara-perkara yang aku tak pernah pun terfikir. Tentang robot, space, environment. Adik kau ada cakap perkara macam itu? Ke cakap tentang Pokemon Go saja?

Rata-rata abang-abang Pakistan berjambang di area ini educated, ada degree dan graduate in engineering. Tetapi di sana tak dapat digunapakai, tak ada peluang menyebabkan mereka terpaksa datang ke sini untuk mencari duit.

Hari ini cukup sebulan aku kerja, macam-macam yang aku belajar. Banyak sangat pengajaran dan macam-macam ragam aku jumpa. Ada customer yang bongkak, ada customer yang otai, ada customer yang asyik minta nombor, ada customer yang ajet-ajet.

Ada customer aku yang seorang ini, doktor pakar jantung dari Palestin, menetap di Malaysia sudah beberapa tahun. Dia selalu datang dengan satu keluarga. Anak-anak dia nakal, ya rabbi.. rasa nak piat saja telinga. Tetapi doktor ini pandai, bukan pandai mengayat, pandai berdakwah. Dalam tengah berborak-borak itu, pandai saja dia melencong masuk ke bab agama. Licik saja. Dia tanya, aku dah hafal berapa juzuk Al-Quran.

Hoi gila engkau? Surah Al Mulk pun ingat-ingat lupa. Jadi dia cakap kita kena cuba, cuba hafal Al-Quran.

“You won’t regret it, it will help you a lot hereafter.”

Dia cakap yang anak lelaki dia yang kecil itu sekarang sudah hafal 4 juzuk, tengah nak hafal lagi. I don’t know what got into me, aku rasa macam tercabar. Jadi aku defend diri sendiri.

“You can’t look down on people just because they don’t memorize Al-Quran,” dan aku lupa apa yang dia cakap selepas itu.

Cuma semalam dia datang lagi ke kedai aku dan dia cakap dia masih ingat line aku itu.

“It’s an amazing quote!”

Dia macam tersedar balik dengan nikmat yang diberi dan sekali lagi dia remind aku untuk cuba hafal sikit demi sikit. Kau tahu, setiap kali dia datang dia tak pernah miss hulur duit. Dia selalu buat makan malam di masjid dan aku tak berapa sihat, dia siap tawar untuk bayar ubat lagi. Padahal aku mampu. Allah, mulianya dia. Jujur aku cakap, aku terkesan dengan dakwah dia. Aku tengah cuba perlahan-lahan.

Kau tengok, dalam masa sebulan saja selama 19 tahun aku hidup, aku pandang sinis terhadap golongan ini, sekelip mata saja Allah tunjuk. Allah beri aku peluang untuk mengubah persepsi aku. Alhamdulillah. Aku rasa berdosa sebab aku bongkak hanya disebabkan aku berduit. Nanti kau mati, duit itu tak masuk kuburlah. Aku rasa bersyukur diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan aku.

Lagi seperkara yang aku rasa terharu bila waktu solat. Surau lelaki bersebelahan dengan surau wanita, jadi kena lalu surau lelaki dulu, baru boleh masuk ke surau wanita. Dan pintu surau lelaki selalu terbuka, aku terharu sangat bila melihat mereka sembahyang berjemaah. Kadang-kadang ada customer supermarket yang berbangsa Melayu sekali jadi makmum. Imamnya si Bangla. Mereka selalu solat berjemaah. Kadang-kadang mereka azan sekali. Allah, bila aku tengok mereka aku rasa Islam ini kuat sebenarnya kalau kita betul-betul bersatu tanpa mengira pangkat dan harta. Tetapi yang peliknya, Melayu Islam yang kerja di kedai dalam aircond itulah aku tak pernah nampak pergi sembahyang. Kalau Bangla yang kerja teruk ini boleh spend sedikit masa dengan Allah, kenapa kau tak boleh? Padahal kau kerja goyang kaki saja, pakai baju smart tapi solat kelaut.

Ye, aku tahu ada segelintir pendatang yang datang ke negara kita ini untuk buat onar, buat jenayah sana sini. Tak dinafikan sebab aku baru kena last week dengan seorang lelaki tua warga Indonesia ini. Sialan betul, habis RM200 duit kedai kena kebas. Mujur boss aku jenis chill, kalau tidak, habislah gaji aku kena potong. Tetapi cuma aku nak ingatkan bahawa mereka semua ini tak hina, tak jijik. Segelintir daripada mereka benar-benar datang ke sini sebab nak bekerja mencari duit untuk menyara hidup keluarga di kampung. Jangan pandang rendah terhadap mereka hanya disebabkan kulit mereka hitam, tak berduit dan busuk. Hati mereka kadang-kadang lebih bersih dari kau.

Mungkin kau rasa aku seorang saja di muka bumi ini yang pernah berfikiran negatif terhadap Bangladeshi, Pakistani, Indonesian. Baiklah kalau begitu tak mengapa, anggap saja aku menulis ini untuk remind diri aku sendiri agar aku tak bongkak diri lagi. Yang pasti, aku berbangga dapat kawan dengan Bangla.

Sumber : Pixel

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEWAS SAAT MENDAKI GUNUNG EVEREST, MAYAT PARA PENDAKI DIBIARKAN BEGITU SAJA. INI SEBABNYA...

19 Jenazah ini diyakini masih tertinggal di Gunung Everest Kisah perjalanan Sir Edmund Percival Hillary pada akhir Mei 1953 merupakan bukti bahwa mencapai puncak Everest bukanlah impian semata.Ahada Ramadhana Brilio.net - Gunung dengan ketinggian puncak 8,848 meter yang merupakan tertinggi di dunia ini terus menarik minat para pecinta alam dari berbagai belahan dunia sejak pertama kali dijelajahi pada 1922. Perjalanan Sir Edmund Percival Hillary pada akhir Mei 1953 merupakan bukti bahwa mencapai puncak Everest bukanlah impian semata. Hal ini memberikan dorongan lebih kepada banyak orang untuk dapat mencatatkan diri sebagai penakluk gunung yang berbatasan dengan China dan Tibet ini. Sayang tak semua pendaki berhasil mencapai puncak idaman. Tak sedikit yang pergi untuk tercatat dalam daftar pendaki yang meninggal. Lebih memilukan lagi sebab mayat-mayat mereka ada yang tak mendapat perlakuan layak. Dengan medan yang berat dan tidak disertai peralatan memadai, orang-orang memilih ...

[VIDEO] Penganggur digantung sampai mati, kerana bunuh pertahankan adik perempuan di r0g0l abang ipar

Penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh abang iparnya, empat tahun lalu. Hakim Dr Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Aldin Tawasil, 26, selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah sepanjang prosiding berlangsung. Tertuduh yang berpakaian serba putih kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya. TERTUDUH, Aldin Tawasil, 26, diiring anggota polis selepas dijatuhkan hukuman. Alwi dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam keterangannya memaklumkan menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui adik perempuannya dirogol mangsa. “Walaupun dalam keterangan tertuduh yang mengemukakan bukti sebagai tindakannya adalah untuk mempertahankan diri, namun tertuduh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan berbanding simati yang mempunyai 13 kesan tikaman. “Malah, tertuduh juga bertindak mengejar dan menikam mangsa yang cuba lari menyelamatkan diri dan ini m...

Dunia Akhir Zaman. Inilah Adegan Tradisi Sebelum Malam Pertama Keluarga di Thailand...

Dunia Akhir Zaman. Inilah Adegan Tradisi Sebelum Malam Pertama Keluarga di Thailand Satu klip video yang di muat naik di sebuah laman sosial baru-baru ini oleh sebuah keluarga di Thailand ini sungguh pelik. Menurut apa yang di tulis oleh salah seorang pengguna laman sosial itu, adat dan tradisi ini sudah di lakukan oleh keluarga mereka sejak dari dulu lagi. Pasangan yang bakal berkahwin pada esoknya, harus melakukan satu ‘perkara’ yang begitu pelik iaitu harus menunjukkan teknik-teknik yang di lakukan pada ‘malam pertama’ di hadapan keluarganya. Dengan di hadiri oleh sanak-saudara yang lain, bakal pengantin harus melakukan ‘perkara’ itu bersama dengan salah seorang daripada ahli keluarganya sendiri. Memang pelik jika kita dengar dan melihat perbuatan mereka ini, namun itu lah yang di tulis pada status yang di muat naik oleh pengguna laman sosial tersebut.