Langkau ke kandungan utama

Niat Nak Takutkan Anak Supaya Buat Kerja Sekolah Bertukar Tragedi Apabila Gunting Tertusuk Dalam Kepala

Niat Nak Takutkan Anak Supaya Buat Kerja Sekolah Bertukar Tragedi Apabila Gunting Tertusuk Dalam Kepala


Shanghai, China - 6 Jun : Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun terpaksa menempuhi detik menyakitkan apabila sebilah gunting melekat di kepalanya.

Semuanya gara-gara tindakan ayahnya yang cuba menakutkan anaknya perempuannya itu supaya membuat kerja sekolah.



Shanghaiist melaporkan, ayah kepada kanak-kanak itu pada mulanya marah kerana anak perempuannya itu bermain dengan adiknya dan tidak membuat kerja rumah pada malam Jumaat seperti biasa.



Dia kemudian mengambil sebilah gunting dan mengacah anak perempuannya itu dengan tujuan untuk menakut-nakutkannya supaya membuat kerja sekolah.

Namun malang menimpa apabila gunting itu terlucut dari tangannya yang licin pada ketika itu kerana baru sahaja selesai mencuci ayam. Kemudian gunting itu tertusuk ke kepala anaknya sehingga terkena bahagian otak.



Kanak-kanak 10 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital.

Doktor kemudian berjaya mengeluarkan gunting sepanjang 15 cm itu dari tengkoraknya.

Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil tetapi dia tidak dapat mengingati kejadian tersebut.

Ibu kanak-kanak itu turut berkata suaminya itu cuma mahu menakutkan anaknya dan tiada niat untuk menyakiti anaknya itu. - Siakapkeli.my


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...