Langkau ke kandungan utama

"Kenduri Kahwin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki "..Perunding Hartanah Beri Panduan yang Ramai Setuju !!!

"Kenduri Kahwin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki "..Perunding Hartanah Beri Panduan yang Ramai Setuju !!!


"Kenduri Kahwin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki "..Perunding Hartanah Beri Panduan yang Ramai Setuju !!!

“Kenduri Kawin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki”..Perunding Hartanah Beri Panduan yang Ramai Setuju !!! Setiap pasangan yang berkahwin, sudah semestinya menginginkan yang terbaik pada hari perkahwinan mereka, ada yang mahu dilakukan besar-besaran sehingga memerlukan belanja puluhan ribu ringgit dan ada yang tidak kisah mengadakan kenduri ikut kemampuan sendiri.


Ada juga keluarga pihak pengantin perempuan meletakkan harga hantaran yang tinggi tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri dan ada juga segelintir ibu bapa pihak perempuan menggunakan wang hantaran untuk diadakan kenduri.
Ketahuilah yang menyediakan kenduri kahwin itu sebenarnya tanggunjawab ibu bapa, tidak kisah lah mampu atau tidak, jika tidak mampu, adakan kecil kecilan berdasarkan kemampuan kita.
Ini kerana wang hantaran berkenaan seeloknya dirancang untuk kehidupan anak selepas berkhawin dan tinggal bersama psangan mereka iaitu menantu kita sendiri.
Dikongsikan panduan untuk menguruskan wang hantaran sebaiknya oleh perunding hartanah, Saudara Azizul Azli Ahmad, beliau terlah berkongsikan satu tips yang cukup berguna kepada pasangan yang baru atau akan berkahwin diluar sana.
Jom kita baca.


PANDUAN GUNA DUIT HANTARAN
1. Bila ada yang marah marah dan hantuk kepala bila saya kata “Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki”, izinkan saya beri cadangan.
2. Jika hantaran kita RM15 000, takkan kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto saja.
3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.
4. Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua dah tak ada. Belum kira hutang yang berjela jela.
5. Tetamu makan tak habis buang merata rata. Bakal suami himpun duit RM15 000 sampai nak keluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.
6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu ‘kewajipan’ ibubapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan.
Jika tak mampu kata Ustaz Kazem buat makan nasik lemak sahaja
7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?


Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100k lagi.9. Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10%).10. Bayaran lawyer, jurunilai, setem hasil sekitar RM3700 sahaja. Jumlah semua RM13700 dan masih da baki RM1300 lagi.11. Pujuk abah atau wali jika abah dah tak da lagi mintak tambah RM700 bagi jadi RM2000.
12. Beli nasi ayam madu yang harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1000)
13. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya nak jemput 1 Malaysia.
Jangan risau pasal orang kata, ia bonus kita masuk ke syurga.
14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70¢ senaskah baru RM140 sahaja.
15. Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.
16. Dengan modal RM15 000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan nak ‘poyo’ sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.
17. Masyarakat Kelantan Terengganu dah buat lama, kita saja buat buat terkejut atau saja nak duduk rumah sewa lama lama 😂. Saya lagi suka
18. Rancang duit hantaran nak buat apa bukan nak bermewah lepas tu ‘upload’ dalam insta, ramai yang tengok dan gelak saja. -Azizul Azli Ahmad cc Siakapkeli

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...