Langkau ke kandungan utama

Dua Beranak Maut “Nasi Arab Ibu Juadah Terakhir”

Dua Beranak Maut “Nasi Arab Ibu Juadah Terakhir”



Dua Beranak Maut "Nasi Arab Ibu Juadah Terakhir"|IPOH: Dua beranak maut manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan di Kilometer 280.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, mangsa Mohamad Fadhir Ismail, 35, dan anak sulungnya Mohamad Adam Faris, 5, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Noorharzuin Halim, 32; anak perempuan, Noor Adalea Fatiha, 1, dan anak saudaranya, Ummi Kalthum Tajuddin, 21, cedera.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh,


Deputi Superintendan Wan Shaharuddin Wan Omar, berkata kenderaan jenis Mitsubishi Airtrek yang dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala Gombak, Selangor dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan.
Katanya, kemalangan menyebabkan dua beranak berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan. "Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan. " Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.beritaharian.
Nasi arab Juadah terakhir
Menurut Hamidah Adnan ibu mangsa, 59, hidangan nasi Arab itu disediakannya dua minggu lalu semasa Mohamad Fadhir sekeluarga datang menziarahinya di Balakong, Selangor.
“Nasi Arab memang makanan ke­gemarannya dan setiap kali datang ke rumah, pasti dia meminta saya masakkan untuknya kerana dia hanya akan makan kalau saya yang masak.
“Saya tengok dia cukup berselera menikmati hidangan itu. Tidak sangka itu juadah terakhir yang dapat saya masak untuknya.
“Meskipun amat sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda dengan takdir ini dan berharap agar menantu saya tabah menerima suratan yang telah ditetapkan oleh Allah itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Hamidah juga berkata, dia juga tidak mengetahui langsung tentang pemergian mereka sekeluarga ke Pulau Pinang dan amat terkejut sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kemalangan berkenaan.
“Saya dengan Mohamad Adam Faris juga amat rapat kerana sejak kecil hingga dia berusia empat tahun, saya yang menjaganya. Pasti saya amat merindukan telatahnya selepas ini,” katanya.







Sumber:http://www.penmarah.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...