Langkau ke kandungan utama

CIKGU SEKOLAH MENENGAH ROGOL ANAK MURID SENDIRI DUA KALI


Gambar hiasan



PUTRAJAYA: Seorang guru sekolah menengah terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya atas sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel tiga anggota mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan ke atas Sallehhuddin Mohd Kassim, 34, yang dijatuhi Mahkamah Tinggi di Johor, kerana merogol pelajar itu.

"Selepas menimbangkan hujahan dan keterangan kes, kami berpendapat tiada sebab bagi mahkamah ini untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Rayuan perayu ditolak," kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Bagaimanapun, dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Md Raus membenarkan rayuan guru itu untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi itu bagi pertuduhan pertama iaitu merogol pelajar sama yang ketika kejadian berumur 14 tahun.

Mahkamah Tinggi itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan dua sebatan terhadap guru itu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol pelajar perempuan itu dan hukuman itu berjalan berasingan.

Sallehhuddin didakwa merogol remaja itu di rumahnya (Sallehhuddin) di Muar, Johor, pada 4 Mei 2011, pukul 12.30 tengah hari. Mengikut keterangan pelajar itu semasa perbicaraan kes itu, dia mengaku Sallehhuddin adalah "kekasih gelapnya" dan jika di luar sekolah guru itu hanya membahasakan dirinya "I dan You" sahaja.

Hakim Md Raus bertanya kepada peguam Andrew Lourdes yang mewakili guru itu, adakah pihak pembelaan mencabar keterangan itu dengan menyoal balas mangsa, Andrew menjawab "tidak, tetapi guru itu menafikan dia adalah kekasih gelap mangsa semasa memberi keterangan dalam pembelaannya,".

Keterangan juga menunjukkan pada hari kejadian guru itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak sedang cuti sakit manakala mangsa tidak hadir ke sekolah.

Mengikut fakta kes, guru itu telah menghantar pesanan di telefon mangsa dan memintanya supaya ponteng sekolah dan guru itu telah mengambil mangsa dan membawanya ke rumahnya dan dia telah dirogol di sebuah bilik di rumah itu.

Mangsa kemudiannya menceritakan kejadian rogol itu kepada kawan baiknya dan dia membuat laporan polis selepas peristiwa itu diketahui oleh ibunya. Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...