Langkau ke kandungan utama

Tak Puasa, Penjawat Awam Makan Di Kedai Bukan Islam Sanggup Bergelut Di Kedah


Pergelutan antara seorang penjawat awam yang cuba melarikan diri apabila anggota penguatkuasa melakukan serbuan ketika mereka sedang makan.

SUNGAI PETANI – Seorang penjawat awam bukan sahaja tegar makan di tempat terbuka malah bergelut dengan anggota penguatkuasa agama ketika serbuan dilakukan di sebuah restoran milik bukan Islam.

Dalam serbuan jam 11.45 pagi itu, empat lelaki beragama Islam berumur lingkungan 40 hingga 70-an ditahan kerana didapati menjual dan makan di tempat terbuka.

Operasi yang disertai 23 anggota penguatkuasa agama Jabatan Agama Islam Kedah, Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda dan PAD Yan itu bermula jam 11 pagi melakukan rondaan di sekitar lokasi panas di daerah ini.

Ketika sampai di restoran terbabit, tiga lelaki berusia antara 46 hingga 76 tahun sedang menikmati makanan di sebuah ruang kecil dalam restoran terbabit yang terletak berdekatan sebuah pasar raya di Gurun.

Seorang daripadanya berstatus penjawat awam cuba melarikan diri apabila dicekup bagaimanapun gagal berbuat demikian apabila dihalang penguatkuasa agama.

Bagaimanapun berlaku sedikit pergelutan sebelum berjaya menahan kesemua mereka.

Dia kemudian memberi alasan perlu makan ubat kerana sakit dan tidak boleh berpuasa semalam.

Seorang lagi lelaki beragama Islam, berusia 55 tahun yang merupakan peniaga dipercayai membawa nasi dan lauk-pauk di satu sudut dalam restoran terbabit untuk dijual kepada kaki ponteng puasa turut dicekup.

Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda merangkap Pegawai Agama Daerah, Sheikh Alwi Othman berkata, kesemua ditahan mengikut Seksyen 14(a) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 dan Seksyen 14(b) EKJSK 2014.

"Seksyen 14(a) iaitu mana-mana orang Islam yang menjual makanan, minuman, rokok atau seumpamanya untuk dimakan atau diminum dalam bulan Ramadan merupakan satu kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan.

“Manakala Seksyen 14 (b) iaitu makan, minum atau menghisap rokok di tempat terbuka dalam bulan Ramadan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, operasi diketuai Penguatkuasa Agama PAD Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin dan pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa di lokasi panas sekitar daerah ini sepanjang Ramadan.

“Kesemua mereka akan diambil keterangan dan didakwa di Mahkamah Syariah,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

AYAH ROGOL 3 ORANG ANAK SEKALI GUS ! APA SUDAH JADI ...

“Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri. Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu. Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air ‘setan’ di rumah rakan berhampiran. Lelaki ‘dajal’ itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur. Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu  mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini. Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian. ...

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...