Langkau ke kandungan utama

Rakan Dedah Punca Kejadian Sebenar Kemalangan Maut Pasangan Suami Isteri (6 Foto)




PORT DICKSON - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Port Dickson-Seremban kira-kira jam 4 pagi tadi.Difahamkan, mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, maut di tempat kejadian sementara suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.Sumber memberitahu, siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa tinggi yang dibonceng Shamasrol hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan selepas isterinya mengantuk.“Akibat daripada itu, leher mangsa (Nor Azina) terseret di atas besi penghadang jalan manakala Shamasrol tercampak dan turut terkena besi penghadang jalan menyebabkan putus tangan kiri di paras siku.
Sumber Info:Nurulatiq Ahmad Bandi (1.407863)
5 Julai 2015 @5:56pm


===============================
KEMASKINI ARTIKEL

Port Dickson: Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban, 4.45 pagi tadi.

Mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng maut di tempat kejadian manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.Difahamkan, kemalangan berlaku pada 4.45 pagi tadi ketika mangsa dan suami menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.Kemalangan itu mengakibat leher Nor Azina terkena pada besi penghadang jalan sebelum terputus dan bergolek ke kanan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber Info:Mohd Khidir Zakaria (node 62267)
Ahad, 5 Julai 2015 @ 9:35 PM


Assalamualaikum Ydh Dato Sri/Dato/Tuan.





LAPORAN KEMALANGAN MAUT.

1. Tkh: 5/07/2015
2. Masa: 0400Hrs
3. Lokasi: KM 14.1 L/Raya SPDH hala ke seremban (Kawasan port dickson)

Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 04/7/2015 jam lbh krg 0400hrs telah berlaku kemalangan maut di KM 14.1 arah ke Seremban.Kemalangan melibatkan 1 m/sikal no pendaftaran WYD 6147 m/sikal jenis naza blade 650 terbabas di naiki 1(L) melayu/suami dan 1(P) melayu/isteri. terbabas di sebelah kiri jalan.1 (p) melayu maut di lokasi kejadian .


Butir-butir Simati/penumpang:

1. Nama:NOR AZINA BT MOHD RATKI
No K/P: 760213085****
Alamat:c-04-03 impian baiduri jalan 224 seksyen 51 A 46100 petaling jaya selangor

Siasatan tmpt kjdian:

-Jalan lurus dan gelap
-Permukaan jln: baik
-Keadaan cuaca baik/gelap
-Keadaan lalulintas lancar.

IO: INSP MOHD RIDZUAN BIN MOHD AWIN (G 19574)
(H/P :019-3803462)
TRAFIK IPD PORT DICKSON.
Utk mkluman .






















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Sengaja Cari Pasal degan Pegawai PoIis Malaysia, Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut...

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi. Namun khirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin. Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Berikutan itu, kekasih kepada Nur Sajat iaitu lelaki kelahiran Lubnan, Jad Issa atau senang dipanggil Jadooss telah memuat naik satu imej yang menarik perhatian ramai di InstaStory miliknya. Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut. Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah meletakkan topi dan cermin mata hitam di bahagian kepala dan mata Datuk Seri Abd. Jalil. Kemudian meletakkan gambar pizza serta air minuman di kedua-dua belah tangannya. Walau bagaimanapun, motif sebenar Jados masih tidak dapat dipastikan ber...