Langkau ke kandungan utama

Gadis Muslimah Bertudung Litup, Tapi Bertindik Di Lidah... #Alahai...


Wajahnya dikurniakan Allah SWT sempurna cantik serta pemakaiannya pula sopan bertudung litup, tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidahnya dan gadis berkenaan kini viral di media sosial gara-gara bertindik di lidah.


Terbayang di fikiran Kedahnews.com, tidak sakitkah bertindik lidah sebegitu? Paling utama, wajarkah seorang gadis muslimah meniru gaya dan budaya amalan barat?


Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya:
“Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal,” (Riwayat Imam Bukhari)
Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.


Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.


Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.


Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).




Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim.


Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.


Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.-Kedahnews.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...