Vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy membuat pengakuan telah berkahwin buat kali kedua bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Aliaah Abdullah namun masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh pernikahan mereka.
Menurut akhbar Kosmo! yang menghubungi Andy, pernikahan tersebut diketahui dan tidak dibantah oleh isteri pertamanya, Baby atau nama sebenarnya Nurul Shafizan Othman.
“Ya, dia adalah isteri saya. Kami pasangan suami isteri yang sah dan Baby memberi kebenaran kepada saya untuk untuk bernikah kali kedua,” katanya. Disember tahun ini, usia perkahwinan Andy bersama Baby bakal menjangkau usia 24 tahun.
Melalui perkahwinan bersama Baby, Andy dan isteri telah dikurniakan tujuh orang anak. Selain itu, antara lagu yang pernah menaikkan nama Andy dan juga kumpulannya, Flop Poppy ialah Atas Nama Cinta, Suziela dan Cinta. (rtky/s)
Ulasan
Catat Ulasan