Semenjak pelakon Uqasha Senrose bertudung, ramai yang memuji penampilannya yang dikatakan semakin ayu dan jelita.
Namun, gambarnya bersama Syafiq Kyle yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram miliknya semalam menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengikutnya.
Apa tidaknya, Uqasha bukan sahaja memakai pakaian ketat, tetapi juga dilihat seakan-akan memeluk pinggang ‘teman tapi mesranya’ itu.
Justeru ramai yang menegur pelakon itu supaya menjaga tingkah lakunya sebagai seorang wanita bertudung, apatah lagi dengan statusnya selebritinya itu.
Ternyata teguran itu tidak dapat diterima dengan baik oleh Uqasha yang kemudiannya membalas komen dengan hashtag #taksukatakpayahlike dan #unfollowpuntakpe.
Alahai, tak tahulah kami nak cakap apa kalau tuan empunya diri tak mahu terima teguran. Rasanya Uqasha sendiri pun pernah melihat pengalaman artis bertudung lain yang pernah dikecam kerana pakaian dan perlakuan yang tidak sesuai dengan imej mereka. Senang cakap, tepuk dada tanyalah selera…
Ulasan
Catat Ulasan