Langkau ke kandungan utama

SEORANG ISTERI DIKONGSI LIMA BERADIK (4 GAMBAR)


Seorang wanita yang dikenali sebagai Rajo Verma mendedahkan bahawa dia mempunyai lima orang suami. Tidak terhenti setakat itu, kelima-lima lelaki berkenaan mempunyai pertalian adik-beradik kandung.

Berdasarkan laporan dari portal Mylaunchpad berkata, suri rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam sebuah rumah satu bilik bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan tanggungjawab normal sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama suami berbeza mengikut giliran pada sebelah malamnya.


Perkongsian rumah tangga enam individu itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun menurut Rajo, dia sendiri tidak mengetahui siapakah bapa kepada zuriatnya.

“Ramai yang bertanya tetapi pada awal sahaja berasa sedikit pelik, kini sejujurnya saya tidak mempunyai suami kegemaran,” terang Rajo.

Rajo berkahwin dengan suami pertamanya Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka. Walaubagaimanapun, adat di kampung mewajibkan wanita itu turut mengambil adik-beradik Guddu sebagai suami.


“Kami semua melakukan hubungan seks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.

Suami-suami Rajo yang lain termasuklah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan terbaru sekali adalah Dinesh yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda itu baru sahaja mencecah usia 18 tahun.

Sebagai suri rumah kepada keluarga yang besar, Rajo memasak, mengemas dan menjaga anaknya, Jay yang berusia dua tahun ketika semua suaminya bekerja di Dehradun, utara India.


“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Apabila saya menerima Guddu sebagai suami, saya tahu bahawa saya harus menerima kesemua adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.

Tradisi yang diamalkan Rajo sekeluarga ini dipanggil ‘Poliandri’. Adat purba ini pada zaman dahulu diamalkan bagi mempertahankan tanah pertanian keluarga.

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. Tiada perasaan iri hati timbul malah saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang berbanding kebanyakan isteri lain,” tambahnya lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...