Langkau ke kandungan utama

PEDAS!!! ULASAN FELIXIA YEAP YANG ANDA HARUS BACA TENTANG ISU GADIS MUSLIMAH DIPELUK KPOP


Baru-baru ini viral tentang penyebaran video dan gambar beberapa gadis muslimah dipeluk cium oleh penyanyi kumpulan Kpop yang membuat persembahan di Malaysia. Tak kurang yang mencaci, yang memberi nasihat secara hikmah pun ada. Tapi ulasan Felixia Yeap yang satu ini harus anda baca.

Ulasan Pedas Felixia Yeap Yang Anda Harus Baca Tentang Isu Gadis Muslimah Dipeluk KPop

Saya tak suka lelaki sentuh saya.
(Kecuali baby. HEHE.)

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)………sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).

Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.

Tangan2 yang sempat “menjalar” kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, “Sorry sir, NO TOUCHING.” (zaman modeling sebelum Islam)

Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…

Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je…

Jam saya tengok.

Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say “NO” kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.

Terus jadi dakwah…atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.

Be different, my sisters.
You’re different, you’re special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.

Stay that way.
Say NO next time.

P.S: Mohon jangan hentam adik2 kita tu lagi dah. Setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu. Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke semasa pun ada juga dosa dan salah. Saya TAK ALIM.
Lebih baik kita doakan untuk mereka untuk sedar apa yang mereka telah lakukan “kurang enak”. InshaaAllah. Allah itu Maha Pengampun.

Ha, macam mana? Ambil iktibar ye adik-adik. Malu sikit pada saudara baru kita ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...