Langkau ke kandungan utama

Gadis Mahu Kahwini Bapa Kandung, Miliki Anak Bersama



Pelik tapi benar! Seorang gadis berasal dari Great Lakes, Amerika Syarikat mengenai hubungan terlarang dengan bapa kandung sendiri yang didedahkannya menerusi temubual dengan portal Science of Us dengan artikel bertajuk What It’s Like to Date Your Dad.

Baru berusia 18 tahun, dia bukan sahaja menjalin cinta dengan bapanya, tetapi turut menggadai keperawanannya menerusi hubungan seks dengan lelaki itu.

Hubungan sumbang mahram itu bermula selepas gadis itu bertemu semula bapa kandungnya yang terpisah selama 12 tahun, apabila lelaki itu menghubunginya menerusi Facebook.
Pertemuan itu membawa kepada keputusan untuk tinggal bersama bapanya selama dua minggu, namun ia akhirnya membuahkan rasa cinta hingga kedua mereka merancang untuk berpindah ke New Jersey memandangkan perbuatan sumbang mahram bukanlah satu kesalahan di sana.
“Saya akan hubungi ibu dan memberitahunya kami sudah jatuh cinta dan akan memiliki anak. Jika dia mahu melihat cucunya, kami akan kirim duit jadi dia boleh datang menjenguk kami,” ujar gadis terbabit.

Ditanya sama ada dia bimbang tentang masalah genetik yang mungkin dihadapi oleh anak bakal dilahirkan hasil hubungan dengan bapanya dia berkata, “Tidak. Saya tak akan mengambil risiko jika ia memudaratkan.
“Saya sudah melakukan kajian. Semua orang fikir anak yang dilahirkan hasil sumbang mahram akan mengalami masalah genetik tapi ia tak benar. Ia terjadi jika hubungan itu berlaku selama beberapa generasi, seperti keluarga diraja.
“Sumbang mahram sudah lama berlaku. Semua orang hanya perlu menerimanya selagi ia tidak menyebabkan seseorang itu tertekan atau rasa terpaksa.”
Bagaimanapun, identiti gadis tersebut dan bapanya dirahsiakan oleh pihak editor Science of Us.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Sengaja Cari Pasal degan Pegawai PoIis Malaysia, Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut...

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi. Namun khirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin. Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Berikutan itu, kekasih kepada Nur Sajat iaitu lelaki kelahiran Lubnan, Jad Issa atau senang dipanggil Jadooss telah memuat naik satu imej yang menarik perhatian ramai di InstaStory miliknya. Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut. Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah meletakkan topi dan cermin mata hitam di bahagian kepala dan mata Datuk Seri Abd. Jalil. Kemudian meletakkan gambar pizza serta air minuman di kedua-dua belah tangannya. Walau bagaimanapun, motif sebenar Jados masih tidak dapat dipastikan ber...