Langkau ke kandungan utama

Cara Mendapatkan Anak Kembar Yang Paling Berkesan!



Bagi sebahagian orang yang sudah berkeluarga memiliki anak kembar merupakan sebuah anugerah yang sangat menyenangkan. Dibawah adalah tips yang dapat dilakukan dalam memperoleh anak kembar dua, tiga atau bahkan lebih.

1. Genetik § Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur
§ Wanita yang berumur 35 hingga 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak
§ Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian
§ Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet
§ Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalianmendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan
§ Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

7. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
§ Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin bolehdapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...