Langkau ke kandungan utama

SERAM ! NAGORO,KAMPUNG BERHANTU YANG DIPENUHI PATUNG BERSAIZ MANUSIA ..



Perkampungan Nagoro, Jepun pernah menjadi perkampungan kepada beratus-ratus buah keluarga namun sekarang perkampungan tersebut hanya mempunyai 35 orang penduduk dan kampung tersebut telah menjadi seperti kampung hantu.

Nagoro merupakan salah satu daripada 10,000 bandar dan kampung di Jepun yang semakin kosong akibat penghijrahan dan kematian.

Bagi mengisi kekosongan kawasan-kawasan pejabat serta rumah yang ditinggalkan kosong tidak berlenghuni, salah seorang penduduk Nagoro, Tsukimi, membuat patung daripada kain untuk menggantikan jiran-jirannya yang telah meninggal dunia. Walaupun dia kini sudah berusia 65 tahun, namun dia merupakan penduduk paling muda di Nagoro sekarang.

Tsukimi sebelum ini menetap di Osaka, namun telah kembali semula ke kampungnya itu bagi menjaga bapanya. Namun bapanya itu telah meninggal dunia kira-kira sedekad lalu.




“Bagi mengembalikan semula memori terhadap jiran-jiran saya yang telah meninggal dunia, saya menghasilkan patung ini.

“Setiap patung mempunyai cerita tersendiri dan mereka mengingatkan saya kepada masa lalu,’’ katanya.

Memandangkan tiada lagi kanak-kanak untuk dibesarkan di Nagoro, maka sebuah sekolah terpaksa ditutup manakala rumah-rumah, kedai dan jalan di situ turut ditutup.

Kini terdapat 100 anak patung yang dihasilkan oleh Tsukimi yang diletakkan di sekitar Nagoro. Malah dia turut meletakkan satu anak patung di sebelahnya ketika dia memandu, untuk dijadikan sebagai peneman.

Jika pergi menjelajah diseluruh kawasan Nagoroj, anda akan melihat banyak patung-patung yang dibuat menyerupai saiz sebenar manusia dengan pakaian yang agak lusuh. Ini begitu menakutkan seperti kampung ini dihuni oleh hantu patung.





















Sumber: mynewshub.cc

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...