Langkau ke kandungan utama

PADAH ! PERMUDA MAUT MENGINTAI BINI ORANG DI KEMAMAM .



Gara-gara berang melihat seorang lelaki yang sedang mengintai isterinya, seorang suami berserta rakan-rakannya bertindak memukul lelaki berkenaan sehingga membawa kepada maut.

Insiden ini berpunca apabila mangsa dipercayai sedang leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah Kampung Bujar, Air Jernih yang dikelilingi tanaman kelapa sawit kira-kira pukul 8.30 malam.

Geram dengan tindakan pemuda tersebut, si suami dan rakan-rakannya menangkap dan memukul mangsa sehingga pengsan.

Insiden yang berlaku Ahad lalu ini membawa kepada penahanan lima suspek termasuk sang suami oleh pihak polis Kemaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita berkenaan bersama empat lagi rakannya memukul mangsa sehingga pengsan dan kemudian menghantar mangsa ke Pusat Kesihatan Kemasik.

"Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan telinga akibat dipukul." ujar Wan Abdul Aziz.

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan dan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kemaman.

Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Hospital Kemaman tentang mayat seorang lelaki yang diterima di hospital itu kira-kira pukul 12.01 tengah malam, Isnin.

Susulan laporan tersebut, pihak polis berjaya menjejaki dan menahan kelima-lima suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun di sekitar Kemaman pada hari yang sama.

Kesemua suspek termasuk suami wanita berkenaan kini sedang ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Manakala, jika suspek disabitkan kesalahan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.





















Sumber: MYNEWSHUB.CC

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...