Penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh abang iparnya, empat tahun lalu. Hakim Dr Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Aldin Tawasil, 26, selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah sepanjang prosiding berlangsung. Tertuduh yang berpakaian serba putih kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya. TERTUDUH, Aldin Tawasil, 26, diiring anggota polis selepas dijatuhkan hukuman. Alwi dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam keterangannya memaklumkan menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui adik perempuannya dirogol mangsa. “Walaupun dalam keterangan tertuduh yang mengemukakan bukti sebagai tindakannya adalah untuk mempertahankan diri, namun tertuduh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan berbanding simati yang mempunyai 13 kesan tikaman. “Malah, tertuduh juga bertindak mengejar dan menikam mangsa yang cuba lari menyelamatkan diri dan ini m...