
Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin
di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk
berteka-teki.
Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yang sering
digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm
apakah makna semua ini?
Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan
berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan
pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf
Wedding of the Year tak?
Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin
Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak
beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.
Apapun, kita doakan yang terbaik sahajalah untuk Neelofa. Mungkin masanya sudah
tiba untuk si cantik manis ini menjelaskan apa yang sepatutnya seperti yang telah
dikatakan beberapa bulan lepas.
Ulasan
Catat Ulasan