Langkau ke kandungan utama

AWAS ! Gejala Siber 'love scam' Semakin Berleluasa .



gambar hiasan



Golongan lelaki miang sering terpedaya dengan sindiket penipuan siber yg dikenali sebagai love scam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak mendedahkan, kes melibatkan love scam paling banyak diterima pihaknya sejak kebelakangan ini dengan 30 kes setakat ini.

Ketuanya, Mohd Faizal Azizan berkata, bagi wilayah utara melibatkan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, sebanyak 80 kes dilaporkan kepada pihaknya manakala setiap minggu secara purata dua kes diterima bagi negeri Perak.

“Sindiket ini menggunakan aplikasi video bersembang atas talian iaitu Skype.
"Seorang wanita cantik dipercayai dari Filipina akan meminta mangsa menanggalkan pakaian dan tanpa disedari ia sebenarnya dirakam.

“Rakaman itu kemudiannya digunakan untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu ia tersebar,” katanya pada program Luncheon Talk anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak, di Ipoh. Mohd Faizal berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan yang melibatkan penipuan ribuan ringgit.

Selain itu katanya, Nigerian Scam juga antara kes yang banyak dilaporkan tetapi ia menyasarkan golongan wanita berusia 40 tahun ke atas. Menurutnya, modus operandi sindiket itu pula, menggunakan laman sosial untuk memperdaya mangsa dengan kata-kata manis dan pelbagai helah supaya wanita itu menyerahkan wang kepada penjenayah terbabit.

Katanya, terdapat juga kes mangsa diperdaya dan dijadikan keldai dadah. “Kita nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan godaan dan rayuan mereka di internet. Kita hanya membantu pihak polis dan setiap aduan yang dibuat kita terima. “Perkara ini bukan main-main sebaliknya ia boleh mengganggu kehidupan dan menjejaskan reputasi seseorang,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...