Langkau ke kandungan utama

4 Foto Kekasih Baru Intan Ladyana Tersebar ..?


Penghujung bulan Ogos yang lalu, Intan Ladyana mengumumkan hubungan
cintanya yang terjalin selama enam tahun dengan Kamal Adli sudah berakhir
atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Ketika itu, Kamal pula bagaikan tak percaya dan mengaku terkejut dengan
kenyataan Intan. Malah lebih kurang sebulan selepas itu, Kamal dilihat masih
belum mampu melupakan Intan dan tetap berusaha untuk memujuk bekas
kekasihnya kembali.

Sayangnya, Intan tak beri peluang kepada Kamal untuk berjumpa selepas mereka
berpisah. Dan sejak dari itu, kisah Intan-Kamal terus senyap dari perhatian media.
Tapi, malam semalam kami menerima kiriman foto menerusi emel dari seseorang
yang mendakwa Intan kini sudah bertemu pengganti Kamal. Betul ke?

Menurut pengirim emel itu lagi, para peminat pun dapat mengagak bahawa pelakon
itu kini sedang berkawan rapat dengan seseorang berdasarkan kepada komen-komen
rakan artis yang seakan cuba memberi hint.

Kalau diperhatikan, memang tak ada gambar berdua Intan bersama jejaka yang 
dipercayai bernama Lutfi ini. Tapi di setiap gambar yang dikirim, Intan dan lelaki 
berkenaan sering bersebelahan diapit rakan-rakan lain.

Andai betul berita ini, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Apapun, kami cemburu sangat tengok gambar-gambar Intan yang kini sedang
bercuti di Venice, Itali. Semoga selamat semuanya, Intan!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

99 Kenikmatan wanita ketika bersama..

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan. Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...