Langkau ke kandungan utama

Ayda Jebat Tidak Menyesal Dibuang Universiti Kerana Mahu Jadi Artis


PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat pernah diberhentikan daripada sebuah universiti awam selepas dia membuat membuat keputusan untuk menceburi bidang seni pada dua tahun lalu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, perkara tersebut berlaku kerana pihak universiti tidak membenarkannya bercuti bagi menyertai program realiti Akademi Fantasia musim 9 (AF9) yang menganggu komitmennya sebagai seorang pelajar.

"Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti.

"Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF9 dan dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamat pengajian diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu," ujarnya.

Bagaimanapun Ayda berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan yang diambil itu kerana apa yang dipelajari di universiti tersebut adalah persiapan untuk dia berada dalam industri seni.

Malah, katanya, beberapa rakan yang menghabiskan pengajian di universiti dalam bidang tersebut masih lagi mencari-cari pekerjaan dan peluang untuk berada dalam industri.

"Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon.

"Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang menghubungi saya semula untuk mendapatkan peluang," ujarnya.

Sementara itu, Ayda turut mengakui selepas dikenali melalui drama Rindu Awak 200% ini, dia lebih menjaga penampilan dan berpakaian sopan untuk menghormati peminat-peminatnya terutama golongan dewasa dan kanak-kanak.

"Saya jaga cara pemakaian sebab saya rasa tidak manis untuk berpakaian seksi kerana dalam drama saya mengenakan tudung dan berpakaian sopan.

"Lagi pula peminat saya banyak daripada golongan makcik-makcik dan wanita bertudung," ujarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...