Langkau ke kandungan utama

( 10 GAMBAR ) TEMPAT PALING MENYERAMKAN DI DUNIA !

screaming tunnel




( 10 Gambar ) Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia !

Walaupun tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan kejadian luar biasa ini, kita tidak boleh menidakkan laporan demi laporan yang diterima tentang pertemuan dengan hantu dan fenomena paranormal di beberapa tempat di dunia ini. Legendanya berbeza di setiap tapak kebudayaan namun laporan yang dibuat adalah hampir sama.
Terdapat banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dibuktikan dengan sains dan masih tidak boleh diterangkan. Jika suatu hari nanti ia boleh diterangkan dengan jelas tentang kewujudan makhluk ini, orang ramai mesti berfikir dua kali sebelum mereka keluar malam dan akan menjadi lebih berhati-hati.
Di bawah adalah senarai 10 tempat paling menyeramkan di dunia. Kalau ada yang hendak melawat tempat-tempat ini, Teacher Muja nasihatkan fikir banyak-banyak kali dulu.
Monte Cristo Homestead
MonteCristoHomstead 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Monte Cristo Homestead yang terletak di Junee, New South Wales, dikatakan rumah paling berhantu di Australia. Pelawat dan pekerja banyak melaporkan terlihat hantu daripada pemilik asal yang telah meninggal dunia, The Crawleys. Rumah ini sekarang menjadi gudang antik dan tarikan pelancong serta telah banyak kalidisiarkan dalam rancangan TV.
50 Berkeley Square
50BerkleySquare 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
50 Berkeley Square dibina pada tahun 1740. Rumah ala bandar 4 tingkat ini sekarang dikenali sebagai rumah paling berhantu di London. Terdapat banyak kes kematian dan kejadian ghaib yang dilaporkan di aras paling tinggi dalam bangunan ini.
Changi Beach
ChangiBeach 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Semasa penjajahan Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua, dalam pembunuhan terancang yang dinamakan operasi Sook Ching, orang Cina dibawa oleh askar Jepun ke sebuah lokasi terpencil dan dibunuh. Antara lokasinya adalah Taman Pantai Changi di mana dikatakan tangisan mangsa masih kedengaran. Muka seperti hantu juga dilaporkan berkeliaran di sekitar pantai tersebut, meninggalkan jejak berdarah.
Screaming Tunnel
ScreamingTunnel 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Screaming Tunnel atau ‘Terowong Menjerit’ terletak di Niagara Falls, Ontario, Canada, yang mendapat namanya daripada beberapa versi legenda yang mengatakan seorang perempuan pernah dibakar hidup-hidup di dalam terowong ini. Ada dakwaan mengatakan, kalau sebatang mancis dinyalakan di dalam terowong ini, hantu perempuan itu akan mula menjerit seperti sedang dalam saat-saat kematiannya.
Bachelor’s Grove Cemetery
BachelorsGroveCemtery 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Bachelor’s Grove Cemetery adalah sebuah tanah perkuburan kecil di Chicago dan tiada apa yang menarik padanya. Namun begitu, ia menjadi kawasan panas untuk rituan pemujaan syaitan setelah sekian lama. Ritual itu telah menyebarkan khabar angin yang ada penampakan hantu di tanah perkuburan terkenal dengan gambar yang diambil pada tahun 1991 menggunakan kamera infra-merah, yang menunjukkan seorang wanita kulit putih sedang duduk.
Bhangarh Fort Ruins
BhangarhRuins 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Bhangarh Fort terletak di lereng bukit dalam runtuhan bangunan di Bhangarh, Rajasthan, India. Legenda mengatakan yang seorang tantrik atau ahli sihir bernama Singhia, dalam cubaan menggoda puteri Bhangarh menjadi mangsa sihirnya sendiri dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, telah menyumpah tempat ini. Dalam setahun selepas kematiannya, puteri tersebut terbunuh dalam sebuah pertempuran antara Bhangarh dan Ajabgarh.
Muzium Babenhausen
BabenhausenBarracks 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Muzium Babenhausen adalah bekas berek Jerman yang dipercayai dihantui dengan hantu askar Jerman. Dikatakan terdapa seorang ahli sihir yang dibunuh di bandar Babenhausen dan sejak itu, hantunya telah mengambil nyawa beberapa orang askar Jerman yang sehingga kini, jika seorang askar melawat muzium itu dan menjawab panggilan telefon, dia akan mendengar suara perempuan bercakap di belakang.
Union Cemetery
UnionCemetery1 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Union Cemetery of Easton di Connecticut dipercayai merupakan salah sebuah tanah perkuburan paling berhantu di Amerika Syarikat. Laporan kejadian berhantu termasuklah Perempuan Berkulit Putih dan sepasang mata merah, melihat dari semak. Beberapa variasi legenda menyelubungi kedua-dua fenomena.
The Screaming Bridge of Maud Hughes Road
ScreamingBridgeofMaudHughesRoad 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Maud Hughes Road of Liberty Township, Ohio dipercayai dihantui oleh beberapa orang manusia yang kehilangan nyawa mereka atau membunuh diri di atas jambatan. Menurut satu legenda, seorang perempuan melempar bayinya daripada jambatan itu ke atas laluan kereta api lalu menggantung dirinya sendiri. Kelibat figura hitam berkelubung dan kereta api berhantu juga dilaporkan.
The George Stickney House
GeorgeStickneyHouse 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Sekarang menjadi Jabatan Polis bagi kampung Bull Valley di McHenry County, Illinois, Stickney Mansion dikatakan dibelenggu oleh entiti paranormal, yang pernah digunakan oleh Stickney untuk mempersembahkan séances  di dalam rumah untuk menghubungan anak-anak mereka yang telah meninggal.
Seram sungguh membaca kisah dan sejarah di sebalik bangunan-bangunan lama yang nampak seperti biasa sahaja. Beginilah yang orang kata air yang tenang tiada buaya. Eh, betul ke gitu? Kah3. Wassalaam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia...

Saya suka suami pergi lepak dengan kawan dia. Saya boleh berehat, tidur awal, tak payah masak & buat air. Fikir positiflah. Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negat...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...