Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ma Sha ALLAH ! Makhluk Misteri Ditemui Terdampar Di Pantai ..

Setelah merakamkan beberapa keping gambar, jururawat tersebut meninggalkan bangkai itu begitu saja. Namun ketika penduduk cuba untuk mencari makhluk itu kembali, bangkai itu didapati telah lenyap.  Gambar-gambar yang diambil oleh mereka sekarang telah dimuat turun di laman- laman web tempatan dengan penjelasan berbunyi: “Makhluk ini ditemui oleh anjing yang bernama Sam.” “Makhluk ini mempunyai ekor seperti tikus yang panjangnya sekitar 30 cm.” Menurut ketua polis tempatan, Donny Morris, dia sendiri menjadi bingung setelah  melihat makhluk tersebut. Menurutnya “Saya tidak tahu makhluk apakah itu. Saya juga ingin tahu sama seperti orang lain. ”Ketika melihat makhluk tersebut, ramai yang teringat dengan makhluk Montauk yang ditemui di New York pada tahun 2008 keranapersamaan yang dimiliki oleh kedua-duanya. Makhluk Montauk yang terkenal itu dianggap oleh sebahagian besar penyelidik sebagai Raccoon. Mungkinkah bangkai ini juga bangkai Raccoo...

Terkini ! NEELOFA Sudah Dirisik ?

Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin  di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki. Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yang sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm  apakah makna semua ini? Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang. Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan  pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf  Wedding of the Year tak? Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin  Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak  beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement. ...

"Tewas" Akhirnya Di Pukau Untuk Bogel Depan Skype..

Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina. Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya. Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel. “Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya. Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik. “Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video ak...

[7 Gambar] Mesej Rahsia Seorang Suami Kepada Isteri Yang Telah Meninggal Dunia

Apabila anda benar-benar menyintai seseorang, sudah pasti anda ingin membuktikannya pada orang yang anda cintai. Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyampaikan rasa cinta, tetapi seorang petani dari United Kingdom telah melakukan sesuatu yang sukar kita lupai. Isteri Winston Howes meninggal dunia 17 tahun yang lalu, dan dia amat terkesan dengan pemergian isterinya. Dia fikir dia mahu lakukan sesuatu untuk memperingati isterinya itu. Jadi…dia mula menanam pokok. Setelah tahun demi tahun, pokok-pokok yang ditanam telah menjadi sesuatu yang mungkin juga benda paling romantik pernah kita lihat. Dan semua ini ialah satu rahsia sehinggalah seorang pengembara belon udara panas mengambil gambar dari udara. Setelah kematian isterinya, Winston merasa ‘kosong’. Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Untuk memperingati isterinya, Winston telah menanam beribu pohon Sapling di sebuah tanah seluas enam ekar. Apa yang istimewa, ada bahagian yang tidak...

[3 Gambar] Misteri! Nenek Kebayan Merayau Di Asrama Maktab Tentera Darat

Sebut sahaja nenek kebayan, minda kita akan menggambarkan seorang nenek tua yang dilihat berjalan secara terbongkok-bongkok menyusuri jalan yang tidak diketahui. Sebuah kisah seram nenek kebayan yang dikaitkan dengan satu kejadian di sebuah asrama di Maktab Tentera Darat. Sejauh manakah dakwaan ini? kami akan berkongsi artikel ini bersama anda untuk sama-sama kita nilaikan sejauh kebenaran kisah ini. KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden. Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang ber...

Tidak Boleh Berniaga Jika Tidak Bertudung

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan. PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat. Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT. Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai. "Peratur...

Kesuburan Lelaki Boleh Dilihat Dari Jari - Jari Tangannya.??

Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki. Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar). Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel. Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan. Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar. Begitu sebaliknya...