Langkau ke kandungan utama

Catatan

( 6 FOTO ) AIR TERJUN DI DALAM LAUT

          MENARIK !! ( 6 Foto ) Air Terjun D i Dalam Laut  Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer di tenggara benua Afrika. Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada tahun 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968. Terletak di hujung barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang sangat menakjubkan. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi ‘air terjun bawah laut’. Pandangan satelit  Google Maps mencipta pemandangan dramatik dengan pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.

( 10 GAMBAR ) TEMPAT PALING MENYERAMKAN DI DUNIA !

( 10 Gambar ) Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia ! Walaupun tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan kejadian luar biasa ini, kita tidak boleh menidakkan laporan demi laporan yang diterima tentang pertemuan dengan hantu dan fenomena paranormal di beberapa tempat di dunia ini. Legendanya berbeza di setiap tapak kebudayaan namun laporan yang dibuat adalah hampir sama. Terdapat banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dibuktikan dengan sains dan masih tidak boleh diterangkan. Jika suatu hari nanti ia boleh diterangkan dengan jelas tentang kewujudan makhluk ini, orang ramai mesti berfikir dua kali sebelum mereka keluar malam dan akan menjadi lebih berhati-hati. Di bawah adalah senarai  10 tempat paling menyeramkan di dunia.  Kalau ada yang hendak melawat tempat-tempat ini, Teacher Muja nasihatkan fikir banyak-banyak kali dulu. Monte Cristo Homestead Monte Cristo Homestead yang terletak di Junee, New South Wales, dikatakan rumah...

( 4 GAMBAR ) PENCURI DISUMBAT MULUT DENGAN BANGKAI ITIK !

( 4 Gambar )Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik ! Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya. Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat. Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung. Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut. Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar. Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras. Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini...

(3 GAMBAR ) AWEK SELFIE TENGAH JALAN, ANAK KOMPOSER TERKENAL ??

( 3 Gambar) Awek Selfie Tengah Jalan, Anak Komposer Terkenal ?? Baru-baru ini gambar seorang awek cun selfie di tengah jalan yang sedang sesak menjadi viral di laman social.  Gambar tersebut mula bertebaran dikongsi selepas ia dimuat naik oleh gadis itu sendiri yang dikenali sebagai Nadia Fawzi menerusi akaun Twitter pada 6.13 petang lalu.  Kebanyakan komen memuji kecantikan Nadia yang merupakan antara penyumbang mengapa ramai berasakan tindakannya itu adalah comel sedangkan kalau keadaan dirinya tak berapa ada rupa, kemungkinan besar respon diterima sebaliknya. Dan kerana kecomelan Nadia juga, ramai berminat untuk menyelidik siapakah dia. Apa yang menariknya, Nadia,20, adalah anak gadis komposer terkenal Fauzi Marzuki.

PELIK !! SOKUSHINBUTSU PROSES BUNUH DIRI UNTUK JADI UNTUK JADI MUMIA [GAMBAR]

PELIK !! Sokushinbutsu.. Proses Bunuh Diri Untuk Jadi Mumia [GAMBAR] Utara Jepun sekitar Wilayah Yamagata, mumia sami Jepun dikenali sebagai Sokushinbutsu, proses yang menyebabkan kematian mereka sendiri dengan cara untuk mereka menjadi mumia .  Amalan ini kini diharamkan oleh kerajaan Jepun dan tidak diamalkan hari ini oleh mana-mana mazhab Buddha. Amalan ini mula dipelopori oleh seorang paderi bernama Kuukai lebih 1000 tahun yang lalu di kompleks kuil Gunung Koya, di wilayah Wakayama. Kuukai adalah pengasas mazhab Shingon agama Buddha, yang merupakan mazhab yang datang dengan idea pencerahan melalui hukuman fizikal. Setiap mumia yang berjaya mengambil masa atas sepuluh tahun. Adalah dipercayai bahawa ratusan sami mencuba, tetapi hanya antara 16 hingga 24 mummifications menjadi... Cara-cara untuk menjadikan diri mereka sebagai mumia: Proses yang terperinci bermula dengan 1,000 hari makan makanan diet khas hanya terdiri daripada kacang dan benih, dengan mengambil...

LELAKI MEMBAWA MESIN GUN DENGAN RATUSAN PELURU DITAHAN POLIS

Lelaki membawa mesin gun dengan ratusan peluru ditahan polis Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.  Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya.  “Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas. “Suspek...

(8 GAMBAR ) HARIMAU LARIKAN BEG TANGAN PENGUNJUNG ZOO

(8 Gambar) Harimau larikan beg tangan pengunjung zoo Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila beg tangan kulit miliknya terjatuh dalam kandang harimau sebelum ia dibawa lari oleh haiwan tersebut, lapor portal  MailOnline  kelmarin. Pengunjung itu, Li Qin Hao, dikatakan telah menggunakan beg tangannya sebagai umpan untuk menarik perhatian harimau yang berada di dalam kandang supaya mendekatinya. Bagaimanapun, beg tangannya yang mengandungi wang tunai, beberapa keping kad kredit dan kunci rumah terlepas sebelum terjatuh ke dalam kolam kandang haiwan ganas itu. Seekor harimau yang berada berhampiran kolam itu kemudian dilihat masuk ke dalam kolam dan berenang ke arah beg tangan yang terjatuh itu sebelum membawanya lari ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah kurungan berkenaan. Kakitangan zoo yang dimaklumkan mengenai perkara itu telah memberikan pas percuma kepada keluarga wanita tersebut untuk berada lama di situ seme...