Johor Bahru - Seorang murid lelaki yang kakinya terpaksa dipotong dan mendapat liputan meluas, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, ada meluahkan perasaan dan doa melalui buku latihannya agar dapat dipindahkan daripada asrama berkenaan. Lapor Harian Metro . Menurut saudara murid itu yang tidak ingin dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui oleh keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu. Menerusi penulisan Thaqif dalam nota itu, dia menulis seolah-olah menceritakan tentang dirinya itu dalam keadaan tertekan. Malah, Thaqif juga seperti dibuli selain menceritakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya. Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi berada di madrasah itu. Menurut ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu telah mendaftar masuk ke madrasah terseb...
Blog Sumber Informasi Anda Menampilkan Artikel-Artikel Menarik Dari Dalam Dan Luar Negara Dan Lain-lain Berkaitan .