Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pemuda tak mengaku r0g0l teman wanita berkali-kali sehingga melahirkan bayi

Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching. KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000. Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Ma...
Catatan terbaharu

[VIDEO] Penganggur digantung sampai mati, kerana bunuh pertahankan adik perempuan di r0g0l abang ipar

Penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh abang iparnya, empat tahun lalu. Hakim Dr Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Aldin Tawasil, 26, selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah sepanjang prosiding berlangsung. Tertuduh yang berpakaian serba putih kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya. TERTUDUH, Aldin Tawasil, 26, diiring anggota polis selepas dijatuhkan hukuman. Alwi dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam keterangannya memaklumkan menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui adik perempuannya dirogol mangsa. “Walaupun dalam keterangan tertuduh yang mengemukakan bukti sebagai tindakannya adalah untuk mempertahankan diri, namun tertuduh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan berbanding simati yang mempunyai 13 kesan tikaman. “Malah, tertuduh juga bertindak mengejar dan menikam mangsa yang cuba lari menyelamatkan diri dan ini m...

SELUAR DALAM BAJU PUN MAK PAK HANG BELI, sibuk nak berparti li@r!

MELAKA – Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan dadah ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi itu, kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki didapati memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. “Hasil serbuan, kita telah menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. “Antara ...

Sengaja Cari Pasal degan Pegawai PoIis Malaysia, Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut...

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi. Namun khirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin. Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Berikutan itu, kekasih kepada Nur Sajat iaitu lelaki kelahiran Lubnan, Jad Issa atau senang dipanggil Jadooss telah memuat naik satu imej yang menarik perhatian ramai di InstaStory miliknya. Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jhnayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut. Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah meletakkan topi dan cermin mata hitam di bahagian kepala dan mata Datuk Seri Abd. Jalil. Kemudian meletakkan gambar pizza serta air minuman di kedua-dua belah tangannya. Walau bagaimanapun, motif sebenar Jados masih tidak dapat dipastikan ber...

Hal Ehwal Agama Tidak halang arak dijual, menteri cadang nama timah ditukar

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain. Menurutnya, nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi. "Setuju (tukar nama), sepatutnya benda bersifat provokasi ini jangan wujud. "Nama yang boleh menimbulkan kekeliruan, arak tetap haram atas nama apa pun," katanya dalam sidang media ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan nama itu yang jelas cuba mewujudkan normalisasi. "Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujudkan normalisasi baru? Ini yang kita bimbang," soalnya. Idris berkata, jelas dalam Islam, umat Islam diharamkan untuk minum minuman keras walaupun dilabel dengan nama apa pun. "Dalam hadis Nabi Muhammad SAW pun ada sebut akan berlaku dalam kalangan umatk...

Wanita hamil 6 bulan jadi korban teman lelaki sendiri ditemui dalam keadaan tragis separuh badan rentung

PEKAN BARU, INDONESIA - Seorang wanita berusia 21 tahun yang hamil ditemui mati dan sebahagian tubuh badannya terbakar, di pinggir hutan, pada Rabu, 16 Ogos, lapor Tribun Pekan Baru. Kurang dari 24 jam selepas mayat ditemui, Khamis, 17 Ogos, polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan teman lelaki mangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut. Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbakar separuh badan di mana wajahnya sudah rentung sehingga sukar untuk dikenal pasti. Mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia kira-kira tiga atau empat jam sebelum mayatnya ditemui. Laporan bedah siasat mendapati, mangsa sedang hamil dan kandungannya berusia 22 atau 23 minggu (hampir enam bulan) dan jantina janinnya adalah lelaki dengan berat 250 gram. Siasatan awal polis berjaya membuat suspek yang dikenali sebagai SU, mengaku melaku pembunuh sebelum membakar mangsa, Dalam keterangannya, SU mengaku mereka sempat 'bermesraan'. Selepas itu, Ema mendedahkan dirinya...

[VIDEO] Menyedihkan! “Dokter sendiri kongsi budak umur 12 tahun melahirkan anak”

MENYEDIHKAN! Hanya itu yang mampu diungkapkan seorang doktor apabila dia menerima pesakit seawal usia 12 tahun dalam proses melahirkan bayi. Bercakap kepada mStar Dr Najdah Othman yang pernah bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor berkata, kes rogol atau hubungan seksual secara sukarela dengan atau antara kanak-kanak bawah 18 tahun merupakan antara kes-kes yang sering mereka ditemui. “Sebagai seorang yang beragama Islam tak dinafikan saya sedih bila dapat kes-kes macam ni, kadang-kadang rasa terkejut pun ada kalau kes advanced, maksudnya hubungan itu berlaku atas dasar suka sama suka, mereka ini didedahkan terlampau awal mungkin dari kecil mereka dah expose tengok video porno atau belajar daripada adik-beradik dan kawan-kawan. “Walaupun kerap jumpa (kes rogol statuari) tetap akan akan ada rasa terkejut,” jelasnya yang kini bertugas sebagai doktor perubatan di unit kecemasan, di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Menurut Dr Najdah, sama ada kanak-...