Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Dua Beranak Maut “Nasi Arab Ibu Juadah Terakhir”

Dua Beranak Maut “Nasi Arab Ibu Juadah Terakhir” Dua Beranak Maut "Nasi Arab Ibu Juadah Terakhir"|IPOH: Dua beranak maut manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan di Kilometer 280.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, mangsa Mohamad Fadhir Ismail, 35, dan anak sulungnya Mohamad Adam Faris, 5, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Noorharzuin Halim, 32; anak perempuan, Noor Adalea Fatiha, 1, dan anak saudaranya, Ummi Kalthum Tajuddin, 21, cedera. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shaharuddin Wan Omar, berkata kenderaan jenis Mitsubishi Airtrek yang dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala Gombak, Selangor dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan. Katanya, kemalangan menyebabkan dua beranak berkenaan m

Masih ingat Mas Anizan yang dulunya pernah digosipkan jadi isteri ke-3 Datuk Rizal Merican, namun cuba lihat 8 foto terbarunya setelah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan betul-betul memeranjatkan kami

Aksi Datin Mas Anizan Mohd Shahid, yang kelihatan macam anak dara meskipun kini sudah melepasi usia 40 tahun. Malah melalui foto terbarunya, Mas Anizan kelihatan masih aktif ke sana sini hingga sanggup terbang ke luar negara demi perniagaan. Ibu kepada dua anak ini iaitu Mas Aliza, 19, dan Masli Danial, 13, satu ketika dulu pernah sangat 'hot' dan menjadi kegilaan ramai. Namun selepas suaminya Datuk Ali Bapoo meninggal dunia 5 tahun lalu akibat sakit jantung, dia terus berhenti berlakon. Jom layan 8 foto terbaru Mas Anizan kat bawah ni :- V V V V V V V V V V V V V V V V

'PERCAYALAH, GAMBAR INI TIDAK AKAN VIRAL'

Saya terjumpa gambar di atas di media sosial. Lelaki itu adalah kakitangan saya, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah Medical Assistant (MA). Pada zaman dulu, jawatan ini dipanggil sebagai Dressar. Jawatan ini adalah salah satu jawatan parmedik bersama para jururawat. Mereka (paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan. Mereka bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan, merawat dan memantau pesakit pada setiap masa. Penat pekerjaan mereka bukan kepalang, kadang kala terpaksa bekerja 'double shift' demi berkhidmat, demi negara. Lihatlah gambar itu, MA saya sedang mengangkat seorang nenek tua yang tidak bermaya turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan bangunan flat kediaman nenek itu tiada perkhidmatan lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah berat. Begitulah pengorbanan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan tugas. K

'NAK JIMAT BELANJA, TANAMLAH SAYUR-SAYURAN, BUKANNYA BUNGA'

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diminta menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri berbanding dari menanam bunga dan pokok-pokok perhiasan, demikian saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Katanya, dengan cara itu rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport yang kini harganya semakin mahal, kesan kadar pertukaran dan nilai ringgit yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat. "Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan. Maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," katanya di Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR) Bukit Katil). "Semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah. "Program 'Jom Bertani' tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada (menanam) pokok-pokok perhia