Selepas meluahkan hasrat menyaman seorang pengikut Instagram yang memanggil anaknya beruk, penyanyi Black Hanafiah mendedahkan pula identiti indivdiu berkenaan adalah seorang pelajar universiti. Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, individu tersebut yang merupakan seorang lelaki digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin sebelum tindakan selanjutnya diambil. “Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini. Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, di sini, Selasa. Black sebelum ini membuat laporan polis selepas seorang pengikut Instagram miliknya menggelarkan anak dia, Khaleef Dayyan yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk. Dalam pada itu, Black berkata, dia memandang perkara itu sebagai seri...
Blog Sumber Informasi Anda Menampilkan Artikel-Artikel Menarik Dari Dalam Dan Luar Negara Dan Lain-lain Berkaitan .