Sesetengah individu memang mempunyai minat atau hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para artis yang juga merupakan manusia biasa. Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping gambar yang dimuatkan pelawak Ajak Shiro dalam instagram miliknya. Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular sawa. Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kepadanya. Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran bermain dengan ular. #instaFrame#YourMoments masa mak dia mengandugkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor. Ini penangan anak baba hehehe...Bangga baba ada ana...
Blog Sumber Informasi Anda Menampilkan Artikel-Artikel Menarik Dari Dalam Dan Luar Negara Dan Lain-lain Berkaitan .