[Video Dan Gambar] tular rakaman lstri curang, kantoi bawa IeIaki lain masuk rumah ketika suami cari rezeki
Mungkin tidak mampu pendam emosi seorang diri, pendedahan mengenai kecurangan pasangan tidak pernah ‘sunyi’ daripada media sosial. Lebih menyakitkan hati apabila orang tersayang bertindak curang di depan mata! VIDEO DIBAWAH SEKALI Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka baru-baru ini. Seorang pengguna TikTok, @deejayfaz_official3 memuat naik video tersebut memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu. Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah yang berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain. “Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ni Ya Allah Ya Tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas....