Langkau ke kandungan utama

Sedihnya Ya Allah..Hospital Jumpa Wasiat Terakhir Seorang Ibu Di Dalam Beg Tangannya..



Kangar: Surat wasiat yang viral semalam sehingga meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang meninggal dunia Selasa lalu.

Lebih memilukan, sudah dua hari dia meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu.

Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam(RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia.

Ini kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian.

Arwah juga meminta supaya wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia sudah tiada.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Indera Kayangan Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin mencari dokumen pengenalan diri arwah


“Memang wasiat itu adalah tulisan tangan arwah mak cik Bibi Meherniga.

“Awal tahun ini, arwah ada memanggil saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak menguruskan jenazahnya seandainya dia tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,”€ katanya.

Menurutnya, mereka juga pada mulanya tidak mengetahui kewujudan surat itu namun percaya arwah sering membawanya di dalam beg tangan.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di sini, kini tinggal bersendirian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Sendiri Tangkap Isteri (Kakak Kepada Kak KM) Sedang Berdua-Duaan Dengan Skandal

Nama Kak KM sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah dengan seorang ustaz selebriti terkenal tempoh lalu. Tetapi kali ini, kakaknya yang mesra dengan nama gelaran Kak Nona pula membuatkan ramai terkejut selepas tersebar mengenai masalah rumah tangga dihadapinya. Suami boleh tipu…CCTV kau tak boleh tipu Nona Menerusi akaun instagram nama Pak Aedy iaitu ‘suaminya’, lelaki berkenaan telah membongkarkan siri perselingkuhan Kak Nona yang ditangkap berdua-duaan dengan ‘skandalnya’ dalam rumah sama. Kelihatan wajah mereka dalam keadaan serba salah namun masih sangat tenang menghadapi ‘terjahan’ ini. Bukan satu, malahan banyak posting lain yang dimuat naik sehingga membuatkan wanita itu digambarkan ibarat isteri bermasalah. View this post on Instagram video A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edycafe) View this post on Instagram A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edycafe) View this post on Instagram A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edyca

[Video] Aksi “Kenduri” Sekumpulan Budak Sekolah Menengah Tersebar..!!

Buat pertama kalinya admin terkejut dengan video di mana seorang budak perempuan sedang melakukan aksi seks beramai-ramai dengan budak lelaki sekolahnya. Pada wajah budak perempuan itu tidak ada sedikit pun perasaan kesal dan terpaksa. Malahan dari gerak tubuh beliau menunjukkan betapa dia “menikmati” acara “kenduri” seks beramai-ramai. Di sini admin mohon ibu bapa dan guru-guru yang mengenali mereka yang terlibat dalam aktiviti kenduri seks ini tampil dan mengambil tindakan terhadap murid-murid yang sudah terlanjur jauh dan melampaui batasan agama dan moral.

Luahan Isteri Yang Bangga Alat Sulit Suami Besar..

Luahan Isteri Yang Bangga Alat Sulit Suami Besar | Isteri, Norhayati Abdul Mutalib tahun tidak pernah rasa malu mahu menyatakan bahawa dia sangat bangga dengan apa yang dimiliki oleh suaminya malah menafikan bahawa wanita akan menderita kesakitan jika mempunyai suami yang alat kelaminnya luar biasa. Malah kalau nak cari yang dapat menandingi saiz suami saya dalam masyarakat kita, pastinya susah.