Langkau ke kandungan utama

'Kalau Mereka Tunda Empat Kenderaan Dalam Operasi Tadi Memang Saya Bakar Kereta Kat Sini,"

Berlaku sedikit ketegangan ketika operasi dijalankan pagi semalam


PUCHONG – 'Kalau mereka (MPSJ) tunda empat kenderaan dalam operasi tadi (semalam) memang saya bakar kereta kat sini," demikian kata pengusaha kenderaan terpakai, Ismail Abdul Mukti, 47.

Difahamkan, tapak perniagaan atas tanah kerajaan yang disewanya daripada sebuah syarikat itu dikenakan tindakan kerana gagal mengosong dan menyerahkan tapak dalam keadaan asal seperti termaktub dalam Perjanjian Sewaan.

Berlaku sedikit ketegangan ketika operasi dilaksanakan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) semalam, namun situasi kembali tenang apabila Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali hadir bagi meredakan keadaan.

Ismail yang menjalankan perniagaan di Jalan Permai 1, Taman Puchong Permai berkata, dia terpaksa bertindak demikian kerana itu adalah periuk nasi dan sumber rezeki keluarganya.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati apabila MPSJ melaksanakan tindakan terhadap tapak perniagaannya selepas hanya memberi notis pendek pada Oktober lalu.

“Tadi MPSJ nak sita semua kenderaan terpakai yang diusahakan, saya memang dah siap minyak petrol, kalau mereka angkut semua saya bakar kereta kat sini. Setelah keadaan bertukar tegang dan rundingan dibuat, barulah MPSJ putuskan hanya sita sebuah kenderaan,” katanya.

Ismail berkata, dia tidak berpuas hati mengapa pihak berkuasa tempatan (PBT) itumengambil tindakan terhadap premis disewanya sedangkan peniaga warga asing di sekitar kawasan itu tidak diambil tindakan.

“Kenapa hanya tempat saya berniaga diambil tindakan? kenapa beri notis sekejap sangat (18 Oktober lalu) lepas tu terus ambil tindakan...saya hanya diberitahu akan dikenakan tindakan dua minggu lalu sebab notis diberi kepada penyewa asal,” katanya.

Dia berkata, yang membuatkan dia terkilan belum sempat surat rayuan dibalas, tindakan diambil pagi semalam.

“Saya buat surat rayuan kepada MPSJ Jumaat lalu tapi belum dapat jawapan, mereka dah ambil tindakan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga Uptown Puchong Permai, Zamal Hassan berkata, pihaknya mewakili Ismail meminta MPSJ menangguhkan tindakan yang diambil dengan memberi masa peniaga itu mencari tempat sewajarnya.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, MPSJ menjalankan operasi penguatkuasaan bagi mengosongkan tapak di lot berkenaan setelah syarikat yang menyewa didapati melanggar syarat.

Menurutnya, tanah lot terbabit disewa kepada sebuah syarikat dan ia didapati disewakan kepada beberapa pengusaha kenderaan terpakai.

Katanya, terdapat tiga pengusaha di tapak berkenaan namun hanya seorang didapati ingkar kepada Notis Makluman Penamatan Perjanjian diberi MPSJ.

“Surat penolakan rayuan telah diberi kepada pengusaha berkenaan. MPSJ ambil tindakan sita kenderaan dan langkah seterusnya akan dilanjutkan kepada Jabatan Undang-undang jika pengusaha masih gagal kosongkan tapak,” katanya.

Kredit : sinarharian.com.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Sendiri Tangkap Isteri (Kakak Kepada Kak KM) Sedang Berdua-Duaan Dengan Skandal

Nama Kak KM sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah dengan seorang ustaz selebriti terkenal tempoh lalu. Tetapi kali ini, kakaknya yang mesra dengan nama gelaran Kak Nona pula membuatkan ramai terkejut selepas tersebar mengenai masalah rumah tangga dihadapinya. Suami boleh tipu…CCTV kau tak boleh tipu Nona Menerusi akaun instagram nama Pak Aedy iaitu ‘suaminya’, lelaki berkenaan telah membongkarkan siri perselingkuhan Kak Nona yang ditangkap berdua-duaan dengan ‘skandalnya’ dalam rumah sama. Kelihatan wajah mereka dalam keadaan serba salah namun masih sangat tenang menghadapi ‘terjahan’ ini. Bukan satu, malahan banyak posting lain yang dimuat naik sehingga membuatkan wanita itu digambarkan ibarat isteri bermasalah. View this post on Instagram video A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edycafe) View this post on Instagram A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edycafe) View this post on Instagram A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edyca

[Video] Aksi “Kenduri” Sekumpulan Budak Sekolah Menengah Tersebar..!!

Buat pertama kalinya admin terkejut dengan video di mana seorang budak perempuan sedang melakukan aksi seks beramai-ramai dengan budak lelaki sekolahnya. Pada wajah budak perempuan itu tidak ada sedikit pun perasaan kesal dan terpaksa. Malahan dari gerak tubuh beliau menunjukkan betapa dia “menikmati” acara “kenduri” seks beramai-ramai. Di sini admin mohon ibu bapa dan guru-guru yang mengenali mereka yang terlibat dalam aktiviti kenduri seks ini tampil dan mengambil tindakan terhadap murid-murid yang sudah terlanjur jauh dan melampaui batasan agama dan moral.

Luahan Isteri Yang Bangga Alat Sulit Suami Besar..

Luahan Isteri Yang Bangga Alat Sulit Suami Besar | Isteri, Norhayati Abdul Mutalib tahun tidak pernah rasa malu mahu menyatakan bahawa dia sangat bangga dengan apa yang dimiliki oleh suaminya malah menafikan bahawa wanita akan menderita kesakitan jika mempunyai suami yang alat kelaminnya luar biasa. Malah kalau nak cari yang dapat menandingi saiz suami saya dalam masyarakat kita, pastinya susah.