Langkau ke kandungan utama

TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI SELANGOR, YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU!!




TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI SELANGOR, YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU!! | Bagi orang Shah Alam, Subang Jaya, Puchong dan kawasan sekitarnya, tentu sekali menggaru kepala bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah pendek, “Nak pergi mana ye? Apa lagi tempat menarik di Selangor ni?”. Apa tidaknya, kebanyakan tempat menarik di Malaysia seperti Aquaria KLCC, Kidzania, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai lagi, sudah dikunjungi banyak kali. Sunway Lagoon? Oh itu juga terlalumainstream.


Kami percaya, anda sudah Google banyak informasi tetapi tetap hampa. Kebanyakannya memberitahu, tempat percutian menarik di Selangor ialah:

i-City, Shah Alam
Sunway Lagoon, Petaling Jaya
Kidzania, Mutiara Damansara
Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor
Taman Botani, Shah Alam
Taman Tasik, Shah Alam
Bosan bukan? Macam dah biasa sangat. Kita mahukan tempat yang jarang-jarang orang pergi dan tidak ramai orang tahu. Lebih-lebih lagi bila hujung minggu, dengan cuti sekolah yang bakal menjelma, sudah pasti ramai yang merancang untuk bawa seisi keluarga pergi berjalan-jalan.


Jika anda merancang untuk berjalan-jalan di dalam negara, pastikan anda tidak melepaskan untuk melawat tempat-tempat percutian menarik di Selangor. Tidak perlu pergi jauh-jauh!


1. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar




Sebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala Lumpur


Orang bandar tentu dengar bunyi enji kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!


Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.


2. Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey




Siapa kata perlu tahu dan mahir main golf jika mahu bercuti dalam resort golf?


Ianya terletak di belah selatan Pelabuhan Klang dan utara bandar Banting. Pulau Carey amat popular untuk makanan lautnya seperti ketam, udang, dan pelbagai jenis ikan. Juga merupakan kawasan penempatan orang asli Mah-Meri yang terkenal dengan tarian, muzik dan topeng muka yang mungkin sedikit mengerikan.


Di resort ini anda boleh menikmati spa dan juga urutan badan yang amat merehatkan badan setelah penat bekerja. Selain daripada kolam renang, barbeku, gymnasium yang biasanya terdapat di mana-mana resort, anda boleh juga cuba aktiviti luar seperti menaiki ATV, kayak, flying fox dan juga memanah. Sehari dua pasti tidak cukup untuk anda cuba kesemuanya.


Maklumat lanjut: amvertoncove.com


3. Air Terjun Kemensah, Ulu Klang



Air terjun ini terletak tidak jauh daripada Zoo Negara. Dan Air Terjun Kemensah ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu bersama alam semulajadi dan ber-barbeku sambil mandi di sungai atau air terjun. Terdapat chalet yang boleh disewa semalaman yang membolehkan seisi keluarga bersantai tanpa perlu jauh daripada bandar.


Selain mandi air terjun dan barbeku, ada juga sukan ekstrem ATV yang boleh dicuba. Tetapi pastikan anda membawa makanan yang lebih kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan di sini. Juga pastikan anda melakukan tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan


4. Asian Water Sports Village, Puchong



Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang tempat ini yang juga merupakan tempat percutian menarik di Selangor. Ia merupakan satu-satunya Pusat Sukan Air Berlesen di Lembah Klang dan anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmatinya. Ia juga mempunyai pantai persendirian bagi mereka yang inginkan sedikit privasi.


Pakej yang ditawarkan cukup menarik dan ia merangkumi aktiviti seperti akses tanpa had ke Taman Tema Air, sukan air tanpa motor (banana boat bukan jetski), makan malam barbeku, tidur di dalam khemah, bagi ikan makan dan banyak lagi. Mereka turut menawarkan aktiviti team building jika anda mahu untuk syarikat anda.


5. AVANI Sepang Goldcoast Resort, Sepang



Selangor tidak dianugerahkan pantai cantik dan membiru seperti di negeri-negeri Pantai Timur. Namun, AVANI Sepang Goldcoast bijak bermain dengan design and ambience. Pantai yang biasa-biasa juga boleh jadi menarik.


6. Gold Coast Morib Resort, Banting



Tempat percutian menarik di Selangor ini yang terletak di Kuala Langat betul-betul menghadap Selat Melaka. Ia merupakan tempat tumpuan pengunjung terutamanya di hujung minggu dan cuti sekolah. Ia adalah tempat untuk bersantai dan menjauhkan diri dari kesibukan kota.


Resort sebesar 14 ekar ini menawarkan pemandangan paya bakau dan laut yang menarik. Dengan adanya 672 bilik penginapan daripada Studio Suite dengan jakuzi peribadi, sehinggalah ke pangsapuri 2 dan 3 bilik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah Taman Tema Air, Amfiteater, Kolam Renang dan Dewan Bankuet yang boleh memuatkan sehingga 2,000 orang.


Maklumat lanjut: gcr.com.my


7. Air Terjun Kanching, Selayang



Dari tepi jalan besar, kebanyakan orang akan perasan signboard Hutan Lipur Kanching. Itu sahaja. Tidak banyak diketahui apa yang ada di dalam. Bila sampai di tempat letak kereta, rupanya ramai pelancong asing yang singgah ke sini. Pelancong Arab ada, pelancong Eropah juga ada.


Cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun. Saya pasti, lepas dengar deruan air terjun itu, hilang semua penat lelah.


Lupa nak beritahu, air terjun ini ada 7 tingkat. Kalau larat, dipersilakan naik!


8. Bukit Gasing, Petaling Jaya



Mungkin ini bukan tempat percutian, kerana tiada hotel atau resort di Bukit Gasing. Lebih sesuai dikunjungi pada hujung minggu. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Bukit Gasing bakal menjanjikan satu pengalaman baru bagi sesiapa yang tidak pernah ke sini.


Rupa-rupanya, ramai orang yang mendaki bukit ini untuk menghirup udara segar. Walaupun kecil, cukup untuk warga kota menikmati suasana hutan tanpa ke negeri Pahang. Jangan tidak percaya, di sini juga adawalkway yang cukup untuk membuatkan kita rasa gayat sebentar.


Bila sudah mula jungle trekking, hati kita akan berkata, “Kalaulah aku tahu ada hutan macam ni, dah lama aku pergi”.


Maklumat lanjut: bukitgasing.org/bukitgasingforestpark.htm

Ulasan

  1. Menariknya tempat-tempat ni.. Boleh try pergi nanti kalau ada rezeki lebih.. :)

    Ni pula percutian bajet tetapi menarik di area Selangor yang saya kunjungi hari tu..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/28/ajlaa-village-resort-yang-best/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Sendiri Tangkap Isteri (Kakak Kepada Kak KM) Sedang Berdua-Duaan Dengan Skandal

Nama Kak KM sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah dengan seorang ustaz selebriti terkenal tempoh lalu. Tetapi kali ini, kakaknya yang mesra dengan nama gelaran Kak Nona pula membuatkan ramai terkejut selepas tersebar mengenai masalah rumah tangga dihadapinya. Suami boleh tipu…CCTV kau tak boleh tipu Nona Menerusi akaun instagram nama Pak Aedy iaitu ‘suaminya’, lelaki berkenaan telah membongkarkan siri perselingkuhan Kak Nona yang ditangkap berdua-duaan dengan ‘skandalnya’ dalam rumah sama. Kelihatan wajah mereka dalam keadaan serba salah namun masih sangat tenang menghadapi ‘terjahan’ ini. Bukan satu, malahan banyak posting lain yang dimuat naik sehingga membuatkan wanita itu digambarkan ibarat isteri bermasalah. View this post on Instagram video A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edycafe) View this post on Instagram A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edycafe) View this post on Instagram A post shared by Malay Traditional Food (@pak_edyca

[Video] Aksi “Kenduri” Sekumpulan Budak Sekolah Menengah Tersebar..!!

Buat pertama kalinya admin terkejut dengan video di mana seorang budak perempuan sedang melakukan aksi seks beramai-ramai dengan budak lelaki sekolahnya. Pada wajah budak perempuan itu tidak ada sedikit pun perasaan kesal dan terpaksa. Malahan dari gerak tubuh beliau menunjukkan betapa dia “menikmati” acara “kenduri” seks beramai-ramai. Di sini admin mohon ibu bapa dan guru-guru yang mengenali mereka yang terlibat dalam aktiviti kenduri seks ini tampil dan mengambil tindakan terhadap murid-murid yang sudah terlanjur jauh dan melampaui batasan agama dan moral.

ISTERI BERZINA DENGAN SUAMI ORANG KERJA OFFSHORE,BERKENALAN MELALUI WECHAT !

Salam, Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan. Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak. Isterinya mengandung, kami berkenalan Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja. Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call